Cinta yang hilang
Tuesday, April 5, 2011
Bila rentak tak setanding detak
Cuba tengok you tube kat atas ni.....sejuk perut ibu mengandung.
Assalamualaikum ,
Lamanya cik nisa tak tulis entry kan.Sabtu yang lepas cik nisa pergi ke kursus parenting kat New York Hotel. Sungguh marvelous...walaupun cik nisa belum berkahwin dan agak susah untuk mengadaptasikan isi kursus kedalam hidup .Tapi cik nisa dah nampak hala tujuan mendidik anak sekiranya kelak cik nisa dikurniakan cahayamata.Kat sini cik nisa kongsikan sikit isi-isinya.
1- Anak adalah amanah Allah yang diutuskan kepada kita untuk dijaga.
2-Perilaku ibu semasa mengandung boleh mencerminkan perilaku anak kelak.
3-Janin sudah mampu mendengar ketika diusia 4 bulan dalam kandungan.Termasuk suara hati ibunya .
4-Seorang ibu yang sewaktu dia mengandung suka mengaji dan berzikir akan melahirkan anak yang tenang hatinya.
5-Sekiranya kita memarahi anak kita , cuba fikirkan kembali adakah pemikiran anak-anak kita sama dengan kita.
6-Setiap hari sebelum ke tempat kerja. Dakap anak anda sehingga terasa degup jantungnya. Kasih sayang yang mengalir akan melahirkan rasa hormat seorang anak kepada ibu dan bapanya.( Tapi batas harus terjaga dengan anak perempuan atau lelaki dewasa).
7-Jangan sesekali membezakan anak-anak . Kerana setiap anak ada keistimewaannya sendiri.
8-Setiap kali anak buat kesalahan. Terangkan yang apa yang dilakukan itu adalah tidak boleh diterima dan dia mesti memperbaiki kelakuannya.
9-Setiap kali anak buat sesuatu yang baik berikanlah pujian dan dakapan.
10-Jangan sesekali bertengkar didepan anak.Cuba kawal perasaan sekiranya pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan.
" Susahnya jadi budak kecil.......3x" hihihihihi.....selamat beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pendidikan awal juga penting Nisah. Skrg ramai ibu apa tekejar2 menghantar anak ke sekolah cina sehingga mengabaikan pendidikan Islam. Syukur dalam usia 5 tahun, Qaisara sudah boleh bersolat dengan baik, boleh mengaji surah lazim kerana dalam usia begini penekanan terhadap agama amat penting ketika hati anak2 masih lagi belum tercemar.
terima kasih kerana mengingatkan...
Post a Comment