Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, May 18, 2011

Mengigil saat meniti Siratulmustaqim...

Ini gambar titi di sungai kampar perak. Sudah pasti Titian Siratulmustaqim beribu kali lebih hebat dari ini. Allahuakbar 3x .





As salam ,

Pernah tak baca pasal siratulmustaqim...Kata sesetengah kitab halusnya titian siratulmustaqim itu umpama rambut yang dibelah tujuh. Boleh tak bayangkan kalau rambut kita ni dibelah tujuh.Kalau mampu membayangkan .Cuba fikirkan betapa jantung kita terbang melayang saat melihat titi yang mungkin langsung tak kelihatan tu kerana terlalu halus.Sebenarnya apa yang saya nak ceritakan disini, bukan semata-mata pasal titian siratulmustaqim .Tapi lebih luas dari itu.

Saya melihat ramai orang zaman sekarang yang sering menyebut kembali apa-apa ibadah atau kebajikan yang telah dilakukan buat seseorang.

Contohnya " Agaknya si pulan ni lupa , masa dia susah dulu aku yang tolong dia.Sekarang sombongnya bukan main." Apa pendapat anda kalau statement begini keluar dari mulut seseorang yang anda kenal.Mungkin anda akan cakap. " Betullah dia tu tak sedar dek untung ." Tapi cuba anda fikirkan kembali , apa pendapat malaikat yang mencatat kebajikan saat mendengarkan kata-kata itu dilafazkan.
Mungkin dia akan cakap. " Nampaknya si Pulan sudah tidak ikhlas dengan pertolongannya dulu . Maka dengan secara automatiknya , pahala untuk pertolongan yang diberi itu terpadam dengan serta merta.Lalu susah payah dan kerigat yang mengalir sewaktu menolong sipulan jadi sia-sia belaka. Itulah selalu mulut ini memang payah nak dijaga. Apa yang keluar dari mulut kita kadang kala kita rasa itu untuk kebaikan tetapi akhirnya kita sudah mengaibkan orang lain .ERmmmmmmm.....cuba fikirkan. Dan selalu kerana mulutlah agaknya kita payah untuk meniti siratulmustaqim Allah. Kebajikan yang dibuat dicanang sana sini. Kemudian menuduh orang tak mengenal budi dan akhirnya semua itu menyebabkan kita yang rugi. Saya faham kadang-kala kita rasa sakit hati apabila pertolongan kita tak dihargai. Tapi cuba fikir, kalau kita merasa sakit hati apabila pertolongan kita tak dihargainya jadi ikhlas ker tidak pertolongan kita tu. Cuba fikirkan...........ermmmmmm...ker terlalu dalam ....atau tak faham. Kalau orang buat apa-apa istighar jerlah .Bukan saya cakap saya baik. Apa yang saya tulis ini lebih kepada peringatan untuk diri saya sebenarnya tidak berniat menuju kesiapa-siapa pun.Ikhlas boleh dilafazkan dengan mudah tapi keikhlas memang susah nak dipertahankan. Ini bagi yang mengerti bagi yang tidak. Fikir-fikirkanlah.Cukup segala amalan dan segala tuntuan ibadah dilakukan . Pasti titian akhir itu mudah untuk dilalui. Siapa yang tahu ini benar atau tidak. Saya tak tahu...tapi ALLAH Maha tahu.......................

No comments: