Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Tuesday, January 25, 2011

Rehat bila sudah disyurga...

As salam ,

Uikkkk lama dah tak updated blog kesayangan...Karya yang tertangguh pun lama dah tak sambung. Alamak nak buat macam mana...sekarang ni sibuk gila...gila-gila punya sibuk ( Alasan paling clise seorang penulis e-novel...hahahahaha...).Kalau dulu , masa adik aku tidur bolehlah aku mula menulis , kalau hari sabtu tu .Boleh cecah sampai ke jam 2 atau 3 pagi. Tapi sekarang ni sejak mak dah tidur sama aku . Aku rasa malas pulak nak stay sampai lewat pagi. Al-maklumlah dah lama tak tidur sama mak ,sejak dah besar ni. Bila dapat peluang ni aku pun tak mahulah lepaskan peluang bermanja lagi dengan mak .Hihihihi... walaupun dah tua . Peduli apa aku.Sekarang paling lewat pukul 10 malam aku dah tidur dah. Disebabkan aku dah tidur , adik aku dah tidur.Maka mak aku pun akan ikut tidur. Pagi-pagi masih nak sambung tidur. Kami belajar hidup tanpa arwah ayah. Walaupun hakikatnya aku sedih sangat sebab , hajat nak suruh arwah abah jadi wali nikah aku berkubur bersama jasadnya.Aku selalu gaduh-gaduh manja dengan abah aku. Dan bila aku kenang-kenang balik peristiwa dulu. Baru aku perasan abah selalu pujuk aku .Kalau dia terperasan yang aku ni merajuk. Nanti ada jer , dia ajak aku keluar makanlah . Bagi duitlah( aku paling suka ni)...alamak menitik pulak airmata ni bila terkenang.Dan kebelakangan ini banyak pulak kehilangan yang aku rasai. Seminggu lepas abah pulang. Adik kepada soulmateku pulang ke rahmatullah. Adik fizah masih muda baru berumur 25 tahun. Tak lama kemudian kak siti zaleha saipan.Pulang kerahmatullah meninggalkan lima anaknya. Paling kecil umur 2 tahun.Lepas tu jiran aku yang merangkap bapa dan ibu mertua kepada kawan university aku dulu.Bapa mertuanya meninggal pada bulan puasa kelmarin dan ibu mertuanya baru-baru ni. Yang terbaru kawan tempat aku mencurah perasaan suka dan duka.Yang sering aku anggap bagai adik sendiri (Wan Hasni) .Wan hasni ni dah dekat setahun lebih berjuang melawan kanser setelah keseluruhan rahim dan usus besarnya dibuang.Sudah melalui 6 kali kemo yang sehingga kadang kala ibunya menangis kerana dia sudah tidak mahu menjalani rawatan kemo lagi.Wan , akak sayang wan.Semoga setiap usaha yang wan lakukan untuk mempertahankan iman , islam dan ihsan akan menjadi titi buat dirimu menuju kesyurga ya sayang. Hari ini pemergianmu mengadap ilahi menginsafkan dan melunturkan hati akak .Teringat satu kata-kata yang pernah akak baca sebelum ini. Penatlah dulu didunia. Kalau mahu berehat , nanti saja disyurga.... Subhanaallah... Allahuakbar.


Gambar ini diambil oleh tunang wan kerana terpukau melihat wajahnya tenang sewaktu sedang solat.Wan yang bercermin mata .Kelihatan sangat cantik dan hati ini mengamit rindu apabila berkali-kali melihat gambar ini. Semoga kamu tenang disana.
Wan bertunang selepas menjalani pembedahan membuang satu kantung ovari yang rosak akibat kanser.Semoga Wiri sabar dan tabah menghadapi dugaan yang Allah pilih buat dirimu. Wan selamat menuju kedunia yang abadi...Selamat pulang sayang ke ruangan tanpa udara .Selamat pulang kerahmatullah.Selamat pulang kesisi Allah.

Wan hasni muda baru 26 tahun , Adik fizah 25 tahun , kak siti zaleha 37 tahun. Siapa kata orang tua mati dulu. Orang muda bersiaplah untuk penat didunia. Nanti saja rehatnya bila sudah disyurga.

Anda boleh membaca kisahnya disini .
http://hasnicaliph.blogspot.com/

2 comments:

Azghen said...

Sedey ;'( Semoga arwah, di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin...
Ajal yang dtg menjemput, tak kira tua muda. Sebagai peringatan utk saya juga. Rehat bila di Syurga... Ermm...layakkah saya?!

Zakiah Hasan said...

Hmm..xleh tahan la plak tgk blognya. Walau saya tak mengenal sang penulis & yng diceritakan. Tapi tetap terasa. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.