Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, May 19, 2010

Kc- Warkah buat bidadari raudhah (bab 4)

Sudah hampir satu minggu atiq ansari memikirkan cara terbaik untuk membalas surat raudhah.Dia tak mahu laut yang berombak tenang akan bergelora hanya kerana kata-kata yang menyakitkan .Sering manusia tersalah langkah saat menutur kata dengan seorang yang dihormati malahan mungkin disayangi. Atiq ansari sedar kata-kata yang salah boleh membawa kepada jurang hati yang dalam.Dia tak mahu dikatakan manusia yang tak beradat dalam menutur kata.

Assalamualaikum ,

Salam buatmu awa raudhah.
Semoga limpahan kasih allah bercucuran keatas kita yang sentiasa berusaha mencari keredhaannya.

Izinkan diriku memanggilmu raudhah kerana betapa indah namamu itu melambangkan syurga yang telah allah ciptakan buat manusia yang taat akan perintahnya.
Sebelum aku terus mencoret warkah ini. Izin aku menjadi seorang yang mempunyai hubungan dengan mu umpama saudara kandung yang tiada pertalian darah. Supaya bahasa perbicaraan kita tak akan mencalar antara satu sama lain dan lebih mudah diterima hati.

Raudhah,

Manusia selalu tertipu dengan perasaan dan mata mereka yang memberikan gambaran yang indah terhadap seorang manusia yang lain.Pandangan itu sering membuatkan manusia merasa terbang melayang dan menyuarakan hasrat tanpa mempertimbangkan kata hati yang sebenar.Saat ada perasaan cinta yang mengalir , perasaan itu harus dikaji dan ditanya oleh diri.adakah ia berlandaskan nafsu atau berpaksi pada tuhan yang satu .Ia juga harus dikaji sedalam dan sekukuh manakah cinta itu ,adakah sekukuh benteng batu dibalik laut atau sekuat permata yang payah dibelah dan mahal untuk dimiliki.

Raudhah,

Andai ada Cinta yang hadir didalam diri kita ianya haruslah berlandaskan iman untuk membina kehidupan cemerlang dunia akhirat.Atiq punya tanggungjawab yang sangat besar dengan keluarga dikampung Tangungjawab untuk membina jambatan baru bagi mengantikan jambatan hidup kami yang sangat usang dengan ilmu dan kasih sayang.Perjalanan diriku masih sangat panjang.dan berliku.


Raudhah,

Biarlah kita menjadi saudara sahaja,semoga dengan persaudaraan ini mampu menjaga ukhwan kita dengan lebih baik.

Atiq ansari.

Awa raudhah diam membungkam , dalam sungguh kata-kata atiq ansari kepadanya.Dia mula sedar dia tak menilai cinta yang hadir dalam dirinya selama ini.Dia hampir hanyut dengan perasaannya sendiri.Segala ilmu yang dia dapat dibumi cairo seakan-akan tidak digunakan olehnya untuk memikirkan perasaannya yang timbul kerana tuntutan dunia.
“Ya allah , aku mohon ampun darimu , aku mengejar sesuatu yang tak pasti .Lantaran itu aku jadi lupa untuk mencintaimu.Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk mu.Ya allah jadikanlah cintaku kepada mu melebihi cintaku kepada dunia dan air yang dingin”.

Warkah yang dilayangkan kepada awa raudhah telah membuatkan dirinya tenang seketika. Atiq ansari berusaha sedaya upaya untuk tidak mengecewakan awa raudhah dengan kata-kata yang menyakitkan .Dia tak mahu jadi seperti sesetengah lelaki yang menolak cinta seorang wanita dengan cara yang sangat keras.Baginya wanita itu diciptakan terlalu indah untuk disakiti.Baginya wanita tu mutiara didalam lautan .Malahan didalam al-quran banyak di kisahkan perihal-perihal yang menarik mengenai wanita.
Lagi dua minggu kertas akhir feqah akan berlangsung.Atiq ansari belum sempat belajar apa-apa lagi kerana sibuk dengan tuntutan kerja dan tidak berhenti memikirkan kepedihan ibunya dan laila yang berada di bumi tambak saat ini.Dia telah berjanji dengan dirinya, dia harus lulus peperiksaan ini.Kerana selepas itu ada misi yang harus dicapai.Dia teringat cita-citanya untuk mendirikan mahligai buat perlindungan insan-insan yang teranaiya .Dia teringat cita-citanya untuk mengubah keperitan hidupnya menjadi gula.Dia teringat cita-citanya untuk menyelamatkan seberapa ramai orang yang dia mampu,pulang ke jalan yang benar.Atiq ansari tahu ini adalah satu misi berat buat dirinya.Tapi dia sudah berjanji dia akan cuba mencapai sedaya mungkin.Selagi matanya terbuka nasib mereka akan dibela.

1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ni baru bab yg belum nuar baca...hehe...tadi nuar baca dari entri bawah ke atas...

atiq punya tanggungjawab yg besar untuk digalasnya di malaysia...simpati pada hati...semoga atiq tabah...mujur raudhah dapat terima...kalau jodoh tak ke mana kn kak :)