Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Thursday, May 20, 2010

Mendung Jiwa......

Ada satu rasa mendung dijiwa hari ini , rasa yang susah nak diungkap dengan kata-kata dan hanya mampu dizahirkan dengan airmata. Hanya orang punya rasa yang sama saja mengerti perasaan ini. Menjadi seseorang yang mencintai seseorang sebenarnya memperjudikan hatinya terhadap peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku.Perasaan cinta yang indah memang tak mampu ditolak. Hanya yang menyayangi seseorang lebih dari diri sendiri mengerti apa yang aku ungkapkan ini.Api cinta makin menyala , kemuncaknya semakin hampir seolah-olah valcano yang mahu memuntahkan rasa.Tetapi....semakin menyala cinta semakin malap radar nyawa.Sesuatu hakikat yang harus diterima , kenyataan hidup yang perit untuk ditelan.Yang pasti yang hidup akan pergi jua.....Nota berbau perpisahan dan kesedihan ini adalah hasil lewat malam semalam . Insan bermimpi perpisahan mungkin berlaku.Tersentak dari khayalan , kerana insan tak benarkan perpisahan itu berlaku. Padanya biarlah bercerai nyawa tapi lentera cinta tak akan pernah padam.Kisah cinta ini boleh jadi buat seseorang yang dipanggil kekasih atau mungkin saja dipanggil sayang tapi untuk istilah yang berbeza. Sayang ......hanya kau dan aku, yang tahu istilah ini untuk dirimu.Biarlah aku dikatakan jiwang atau terlalu mengikut perasaan .Seperti dirimu aku mencurah rasa melalui nota-nota cinta dan air mata.Sebagaimana kau bahagia dengan caramu aku bahagia dengan caraku ini. Biarlah seribu perkataan pun yang kau katakan " aku ok...jangan bimbang ".Tapi hakikatnya aku yang tahu , apa ada dalam hatimu.Jangan lupa hati kita sama , apa yang kau rasa aku rasa. Walau apa pun yang kau khabarkan, aku tahu hakikat sebenarnya .Kau sentiasa dekat dihatiku dan tak mungkin padam dari ingatanmu. Gambar-gambarmu aku potretkan buat imbasan hati dan jiwa dikala sendu.

Sekarang aku senyum , bukan kerana aku gembira.Tapi aku berusaha merawat lara.Terima kasih ya allah kau temukan aku dengan seorang manusia yang istimewa dihatiku.Aku tak kira dia sakit apa , kerana sejak mula bersama .Aku hanya rasa pautan jiwa.Cinta kami umpama kalung dari dunia bunian . Tempaannya halus dan sukar untuk diungkai oleh sesiapa pun.Kami juga tak mungkin menolak antara satu sama lain.Saat menulis nota ini airmata sudah kering. Malam semalam aku sudah membina satu tembok ketabahan hati yang sekukuh sarang labah-labah.Sayang....tinggalkan aku satu azimat yang bakal mengubat laraku.Janganlah khabarkan kata-kata palsu pada diriku kerana aku tahu sejauh mana benarnya kata-kata itu.

1 comment:

NuRul said...

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan