Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.
Showing posts with label Kerajaan Cinta Atiq Ansari. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Cinta Atiq Ansari. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

KC-Tawaran Kerja (Bab 9)

Kerap berada dihospital telah menyebabkan hubungan atiq ansari dan zulaikha bertambah rapat.Seolah-olah ada bunga cinta yang mekar di hati mereka pada ketika ini. Atiq ansari sangat bersyukur kerana bertemu dengan zulaikha.Disaat fikirannya sedang kusut memikirkan perkara-perkara yang berlaku di kelilingnya.Zulaikha hadir dalam hidupnya , memberikan sedikit cahaya.Usaha mencari laila di hentikan , setelah mendapat satu panggilan telefon dari kelab perindu beberapa hari yang lepas.

“Abang atiq…..ini laila, Jangan cari laila lagi.Laila dah bosan hidup susah.Laila nak hidup senang macam ibu.Sekarang laila dah jadi primadona kelab perindu.Jangan cari laila lagi”

Terdiam atiq ansari , dia tak menyangka laila tewas dalam dugaan hidup.Dia memilih kesenangan dari kesusahan.Pada laila kesusahan itu sering menyesakkan dadanya.Sejak dari itu atiq bertekad mahu melupakan laila.Dia tak mahu memujuk , kerana padanya laila sepatutnya sudah cukup matang untuk memilih jalan hidupnya sendiri.Ada kekesalan dihatinya atas keputusan yang laila lakukan .

“Zu…..saya dapat tawaran kerja di maahad tu .”

“Alhamdulillah , habis macam mana .Dah fikir ker belum samaada nak terima atau tidak?”

“Saya akan terima, dikeadaan ibu yang begini dan kos perubatan yang semakin meningkat saya perlukan pendapatan tetap untuk menyara ibu.”.

“Erm ….betul juga kata atiq itu.”

Baru jer dua hari yang lepas ibunya diserang stroke.Belum pun pulih dari kecederaan lama sekarang diserang stroke pula.Atiq ansari sudah tak berdaya .Dia hampir mengalah dalam perjuangan menempuhi dugaan hidup.Dia tak sepatutnya begitu.Dia pelajar jurusan agama.Dia belajar di cairo.Dia sepatutnya menjadi lebih tabah dari orang lain .Tapi dia juga manusia biasa yang tak lepas dari kegagalan hidup.Menerima tawaran sebagai guru di maahad .adalah keputusan terbaik yang dibuatnya sejak pulang dari cairo.Selain itu semuanya perkara yang membingungkan saja.

“Tapi ….siapa nak jaga ibu kalau saya kerja.”

“Lah …..kat sini kan ada jururawat.Dah memang tangungjawab diorang untuk jaga ibu awak atiq.”

Atiq hanya diam .Mengia tidak , menidakkan juga tidak.

“Bila mula daftar kerja.”

“Isnin ini.Ohhh saya lupa nak cakap .Saya juga dapat tawaran sebagai pembantu pencegahan maksiat dekat pejabat agama.”

“Awak pilih kerja yang mana satu "

“Kedua-duanya”

“Kedua-keduanya ?”Berkerut dahi zulaikha mendengar jawapan atiq ansari.

“Jawatanpegawai pencegah maksiat tu , hanya perlu bekerja pada malam minggu saja.Pada hari-hari yang lain ,ada pegawai berjawatan tetap yang akan bertugas.”

“Ohhh….macam part timelah ya”

“Lebih kurang gitulah ..zu.”

Zulaikha memandang atiq ansari . Dia sudah mula sayang pada jejaka itu.Padanya jejaka itu banyak mengajarnya erti hidup.Atiq ansari pula semakin bingung dengan keadaan hidupnya yang porak peranda.Misi yang dibina semasa dicairo.Ditangguhkan buat sementara waktu.Dia tak ada kekuatan untuk melaksanakan misi-misinya buat masa ini.Biarlah dia betulkan dulu keadaan ekonomi dulu.

Hari ini hari pertama atiq memulakan tugasnya sebagai guru di maahad tahfiz darul takzim.Sebagai guru baru , perkara pertama yang harus dilakukan ialah menyemak kembali semua senarai jadual kelas yang wajib dia patuhi.Hari pertama masuk kekelas dia langsung tak mengajar apa-apa .Hanya melakukan seisi perkenalan antara dia dan murid-muridnya. Hari itu juga adalah hari pertama dia meninggalkan ibunya bersama wanita berbaju putih kerana tuntutannya dia harus berada di sekolah tersebut.Selesai saja waktu mengajar .Dia bergegas kehospital untuk melawat ibunya.Dikucup dahi siibu.Ditukar lampin pakai buangnya dan pakaiannya Dia rasa bersalah kerana tak menepati janji yang dipatri bersama ibunya untuk berada disisinya setiap masa.

“Ibu maafkan atiq ya , tadi atiq pergi kerja .Sekarang atiq dah datang ."

Zehra hanya mendiamkan diri.Sejak diserang stroke .Lidahnya seperti berat untuk menuturkan kata.Dia faham dengan keadaan atiq ansari saat ini.Hanya dia tak mampu untuk tuturkan apa yang terbuku dihatinya.

“Saya ada berita tak baik untuk diri awak ,atiq”

“Ada apa zu…?”

“Keadaan sekarang akan bertambah parah,ibu awak terkena jangkitan kuman,Ini akan melambatkan lagi proses pemulihan .Saya simpati besar sungguh dugaan kamu saat ini."

“ Innalillahiwainailahirajiun….apa lagi yang boleh saya katakan.Sama-sama kita doa semoga ibu saya semakin sihat ya.”Atiq ansari mengukir senyuman berbau ketabahan.Dia tahu allah menduga sesuai dengan kemampuannya.Dia tak akan mengalah dengan keperitan hidup.Kerana bukan dunia yang dikejarnya tapi hidup yang kekal bahagia di akhir perjalanan nanti.”
Terdetik dihati zulaikha.Lelaki ini akan jadi penganti suhaimi.

Sunday, May 30, 2010

KC-Anak pelacur dan duit haram (bab 8)

“Oi anak haram , apa kau buat? .Kenapa kau duduk kat kerusi aku?”

“Kenapa kau panggil aku anak haram? , aku anak halal tau.Mak bapak aku kahwin, dua tahun baru dapat aku”

“Mana kau tahu ?”

“Tahulah mak aku cakap, kenapa kau suka campur urusan keluarga aku”

“Aku benci anak pelacur macam kau ni”

“Mak aku bukan pelacur !! , dia penyanyi ”

“Kau tahu apa bezanya penyanyi kelab dengan pelacur?”

“Penyanyi kelab bukan pelacurlah”

“Bezanya ….tak de ok , penyanyi kelab dan pelacur sama jer tarafnya pada aku”.

“Kenapa kau benci kat keluarga aku.”

“Pasal mak kaulah .Bapak aku ceraikan mak aku.Sebab dia tergila-gilakan mak kau .Perempuan macam mak kau itu , tak layak untuk bapak aku ok..murah….terlalu murah”

“Itu bukan salah mak aku ,Bapak kau yang gilakan mak aku”

“Kalau dah nama anak haram tu , anak haram jugak”

“Aku bukan anak haram , aku ada bapak”

“Mana bapak kau? , aku tak pernah nampak pun "

“Bapak aku dah meninggal "

“Meninggal sebab apa , Bapak kau kena aidskan?.Aku tahulah semua pasal kau .Bapak kau dulu mat pit..Banyak hutang sebab tu mak kau jadi pelacur , sebab nak bayar hutang bapak kau .Betul tak…ha…ha…ha….”

Kali ini atiq tidak menjawab , dia tak tahu dari mana jimi tahu tentang ayahnya.Dia tidak mahu menyangkal kerana perkara itu benar. Salah satu yang dia kesalkan dalam hidupnya ialah ayahnya yang telah memusnahkan zaman kegembiraannya menuntut ilmu sewaktu di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.Setiap hari ada saja yang mencerca dan menghina.Dia anak pelacur ,tak layak berada disekolah berasaskan agama.Tak layak jadi penghafaz al-quran.Ada menyatakan darahnya kotor kerana terbina dari hasil yang haram.Pernah satu hari , seharian dia tak mahu keluar dari biliknya.Dia tak makan dan minum serta tak mahu bercakap dengan ibunya.Puas ibunya dan laila memujuk , langsung tak diendahkan .Sehingga malam itu zehra tak pergi bekerja di kelab,kerana bimbang atiq ansari melakukan sesuatu diluar dugaannya.Bingung zehra memikirkan , bagaimana lagi nak memujuk anak terunanya itu.Akhirnya selepas solat maghrib , zehra kesurau bertemu dengan ustadz hanafi.

“Kenapa tak masuk.Zehra?”

“Saya malu ustadz …saya kotor , saya tak layak masuk rumah suci tuhan "

“Apa hajat kamu kemari ?”

“Ustadz , saya nak minta tolong .Atiq ansari dari pagi tadi tak mahu kesekolah , tak makan , tak minum .Langsung tak keluar dari bilik.Puas saya memujuk dia , tapi dia diam jer .”

“Erm….kenapa dia berperangai macam itu ?”

“Entahlah saya pun kurang pasti . Kata laila ,Mungkin berpunca dari pergaduhan disekolah "

“Saya ada kelas mengaji sekarang , selesai ini saya datang ke rumah kamu dengan isteri saya ya.Kamu tunggu aja dirumah.”

“Terima kasih ustadz , tak tahu pada siapa lagi saya nak minta tolong.Harapkan ustadz jerlah.”

“Sudahlah tu , nanti saya datang . Kamu pulang dulu ya”

“Baik ustadz , Assalamualaikum ….”

“Waalaikumusalam”.

Ustadz hanafi segera menelefon isterinya agar datang kesurau dan pergi ke rumah zehra bersamanya. Kelas hari itu ,disuraikan setakat jam 9.00 malam saja .Dirumah zehra , ustadz hanafi cuba memujuk atiq ansari.Sebaik saja atiq ansari mendengar suara ustadz hanafi serta merta dia keluar dari biliknya dan memeluk erat lelaki itu. Dalam esakkan dia ceritakan apa yang berlaku diantara dia dan jimi serta rakan-rakan sekolahnya.Ustadz hanafi hanya tersenyum .Melihat senyuman ustadz hanafi, atiq ansari menghentikan tagisannya.

“Atiq , tahukah kamu siapa yang memberikan kamu nama atiq ansari”.Atiq menggelengkan kepalanya.

“Ustadz yang bagi nama tu kepada kamu Sebab ustadz rasa kamu akan jadi seseorang yang punya karekter sehebat nama itu .Tahukan kamu siapa atiq ansari?”

Sekali lagi atiq mengelengkan kepalanya.Dia langsung tak memandang zehra.Marah benar dia pada zehra.

“Atiq ansari ini seorang rakyat biasa Dia berusaha membangunkan bandar Andalusia pada saat bandar itu sedang berada dizaman kejatuhannya.Atiq ansari tak pernah mengalah dalam kehidupannya.Dia sangat tabah.Walaupun dia sering dicerca dan dihina , dia tak pernah mengalah.Dia berjaya membina sebuah kerajaan yang agak gemilang pada masa tu.Mahukah kamu menjadi seperti atiq ansari yang berada diandalusia ?”

“Mahu ustadz”

“Kalau mahu jadi seperti itu , maka kamu harus tabah menghadapi rintangan hidup.Sekiranya kamu mengambil cacian dan hinaan sebagai panduan hidup . Ia tak akan membantu kamu apa-apa.Berkenan apa yang kawan kamu katakan itu .Sewaktu kamu baru lahir dulu , Ibu kamu ada berjumpa dengan ustadz minta diberikan nama kepada kamu dan pada masa itu juga, ibu kamu ada berjanji sama ustadz hanya akan memberi kamu makan dari duit yang halal.Sebab itulah pada waktu pagi sampai tengahhari ibu kamu bekerja direstoran .Dari duit itulah ibu kamu menyara hidup kamu. Dia tak pernah sekalipun menggunakan duit yang diperolehi dari menyanyi dikelab malam untuk kebajikan kamu.”

“Atiq …betul kata ustadz , selama ini ibu hanya bagi atiq dan laila makan hasil dari duit gaji ibu kerja di restoran.Tak pernah sekalipun ibu engkar janji ibu pada ustadz untuk suapkan kamu makanan dari sumber yang halal sayang.”

“Habis ibu gunakan duit nyanyi itu untuk apa”

“Atiq…. ibu terikat dengan kontrak .Selepas ayah meninggal .Orang-orang dikelab paksa ibu untuk menyanyi disana.Mereka perangkap ibu dengan memaksa ibu menandatangi kontrak menyanyi selama 15 tahun untuk membayar hutang ayah.”

“Ibu maafkan atiq…..atiq tak tahu ibu begitu derita,mulai hari ini .Apa pun yang orang lain katakan.Atiq akan telan bu , Sama macam ibu telan kata-kata orang di sekeliling kita”

“Sudahlah jangan menangis. Atiq ….mahukah kamu jadi angkat saya . Laila juga sama.”

“Mahu ustadz , saya memang dah lama rindukan kasih sayang seorang ayah.”

“Bila saja kamu perlukan saya , datang jumpa saya ya "

“Terima kasih ustadz , allah saja yang mampu membalas jasa ustadz kepada keluarga kami".Dalam hati zehra dia berasa bersyukur kerana ustadz hanafi sentiasa ada untuk membantunya.

“Sudahlah zehra ….aku pun tak ada anak lelaki , Kan mah .” ustadz hanafi memandang isterinya yang diam sejak dari tadi.Bagi rahmah apa saja yang suaminya lakukan asal saja untuk kebaikan maka dia akan menyokongnya.

“Kami pulang dulu , dah malam ni .Esok , jangan lupa ke surau ya atiq”.

“Baik ustadz”.Sudah ada senyuman di wajah atiq ansari. Dia sudah jelas dengan niat ibunya dan ustadz hanafi.Dia juga sudah bertekad baik buruk yang berlaku selepas ini akan ditelan.Dia mahu jadi tabah , setabah atiq ansari kurun ke 14 di bumi Andalusia.

Thursday, May 27, 2010

KC-Zehra Marina ratu dangdut kelab perindu(bab 7)

Sudah hampir sebulan mak zehra di hospital.Tiada tanda dia akan pulih.Atiq pula semakin tertekan dengan keadaan dirinya.Perihal tentang laila masih belum dia ketahui hingga kesaat ini.Jirannya tak tahu apa yang berlaku ,Cuma kata mereka .Pada hari tersebut,mereka dengar pertengkaran antara laila, mak zehra dan ada suara dua orang lelaki.Selepas itu mereka tak tahu apa yang berlaku.Esoknya sewaktu ingin bertanya dengan mak zehra,perihal semalam.Mereka terlihat pintu rumah terbuka luas dan mak zehra terbaring dilantai .Atiq ansari tak sedap hati dengan cerita yang didengarnya.Dia teringat surat laila yang menyatakan dia takut kerana sejak ibunya meninggal ada saja orang yang datang kerumah.Dia tak tahu mana mahu mencari laila.Adakah dia harus pergi ke tempat ibunya bekerja dulu?.Dia tak mahu kesana lagi.Padanya tempat itu terlalu kotor dan bergelumang dosa.

Dia ingat lagi bagaimana ibunya dipuja saat menjadi penyanyi terkenal disebuah kelab dangdut di tengah-tengah ibu kota tambak ini.Waktu itu dia duduk di bilik persalinan baju, kerana tiada ada orang yang boleh menjaganya dirumah.Siapa tak kenal dengan Zehra Marina .Penyanyi dangdut terkenal di kelab perindu.Sebut saja namanya , pasti ada lelaki-lelaki yang miang keladi , tak senang duduk kerana tak sabar melihat zehra lalu dan merayu mereka.Memukau dengan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Dengan potongan tubuh yang menawan ,kalah anak dara zaman sekarang .Pakaian yang menjolok mata dan mempamerkan lurah-lurah miliknya yang tak sepatutnya dipamerkan.Tiap-tiap malam ada saja lelaki yang sering bertuankan nafsu mengejarnya sehingga kerumah.Kerana ingin menjaga keselamatan zehra dan anaknya ,pihak kelab telah menyediakan pengawal keselamatan khas buat zehra setiap malam hinggalah dia sampai kerumahnya.

Hampir setiap malam , lagu-lagu dangdut menjadi halwa telinganya.Atiq sudah boleh menghafal lagu yang akan dinyanyikan oleh ibunya pada tiap malam yang berbeza. Paling kerap lagu amelina yang pada waktu itu penyanyi dangdut terkenal Malaysia.Bertajuk “asyik”.

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua

Basah-basahnya rambutmu
Sebasah asmara kita
Siapa dulu yang empunya
Kalau bukan ku seorang...
Kekasih hati

Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Abadaikan cinta kita
Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Kita bina selamanya

Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Seakan dunia milik kita berdua
Satukan rasa
Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Saling melepas rindu didada, antara kita

Asyik... asyik... asyik

Manis-manisnya senyummu
Semanis asmara kita
Ikan laut pun menari
Nyiur dipantai bernyanyi
Sungguh asyiknya

Dari celah –celah langsir dia mengintai , ada beberapa orang lelaki menghampiri ibunya.Mereka cuba mengambil kesempatan untuk mencium dan memeluk zehra.Bau kencing syaitan meruap di seluruh kelab.Semua makanan yang atiq makan siang tadi habis dimuntahkan.,Dia merasa loya dan jijik dengan bau-bau arak yang menusuk ke hidungnya.Pelik, bagaimana ibunya boleh bertahan dengan keadaan bau yang sebegitu.Kadangkala ada juga dia terlihat ibunya pulang dalam keadaan mabuk.Bercakap yang bukan-bukan , dan bau mulutnya sangat busuk .Lebih busuk dari bau bangkai.Dia hanya mengikut ibunya sehingga berumur 8 tahun sahaja. Selepas itu dia berkeras untuk duduk dirumah seorang diri.Kerana dia tak rasa jiwanya ada di kelab itu .

Sejak duduk dirumah , atiq ansari banyak menghabiskan masanya di surau berdekatan rumahnya.Di situlah dia berkenalan dengan laila dan ustadz hanafi.Dia mula menghadiri kelas-kelas yang di adakan oleh ustadz hanafi.Dia mula menjadi sahabat sejati laila.Mereka berkongsi derita dan cerita-cerita hidup mereka ., dari situ dia tahu yang laila senasib dengannya.Ibu laila bekerja sebagai pegawai pelanggan di sebuah kelab di sentosa.Sering laila bersedih saat bercerita ada beberapa orang lelaki yang sering menghantar ibunya pulang. Sejak itu dia tak berani duduk dirumah kerana bimbang akan keselamatannya.Dia merayu pada ustadz hanafi agar diberikan perlindungan .Zehra yang mendengar berita mengenai laila.Mengambil laila menjadi anak angkatnya. Sejak itu dia membesarkan laila .Sudah lama zehra teringinkan anak perempuan . Laila melengkapkan hidupnya.Dia juga lega kerana , sejak itu ada yang akan menjenguk atiq ansari dirumah.Tidaklah dia bimbang saat meninggalkan atiq ansari dirumah seorang diri.kadangkala ada juga ibu laila datang menjenguknya.Ada juga dia sampaikan hasrat kepada zehra untuk mengambil laila kembali. Tapi zehra keberatan untuk melepaskan laila.Kata zehra “kalau kau sayang anak kau , biar aku jaga dia, Jangan sampai masa depannya tergadai.”Setelah beberapa kali dipujuk akhirnya ibu laila akur dengan nasihat zehra.

Setiap hari Zehra harus membuat dua perkerjaan , dia akan bangun seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah restoran berdekatan rumahnya.Selesai urusan direstoran lebih kurang jam 12.00 tengahari ,dia akan memulakan tugas sebagai seorang ibu dirumah.Membasuh kain dan menyiapkan makanan buat dua anaknya yang akan pulang dari sekolah.Selesai urusan dirumah , dia tidur sebentar dan Jam 7 .30 malam dia sudah bersiap-siap untuk bekerja di kelab.Begitulah rutin zehra setiap hari.Tak pernah jemu bekerja untuk menyara atiq dan laila.Walaupun kadang-kadang imannya tergelincir ,meneguk air kencing syaitan yang sering dihulurkan .Tapi satu yang dia tak pernah tinggalkan ialah solat lima waktu.Kadang kala dia bingung adakah tuhan akan menerima ibadahnya.Dia memang tak berniat untuk meneguk arak atau melakukan maksiat,desakan dari pelanggan yang menyebabkan dia sesekali menyerah ke gengaman syaitan..

Monday, May 24, 2010

KC-Laila aku pulang (bab 6)

Sebaik saja kapal terbang mendarat atiq ansari terus keruang bagasi .Diruangan menunggu dia mencari-cari kalau ada orang yang dia kenali datang untuk menjemputnya pulang.Tak sama seperti situasi dicairo saat melepaskan dia pergi.Tak ada seorang pun yang menjemputnya pada hari itu.Dia bingung juga, rasanya ada dia menitip surat kepada Laila dan ibunya.Tapi kelibat mereka tak kelihatan ,atiq cuba berperasangka baik .Mungkin ibunya tidak sihat dan Laila tiada kenderaan untuk kesini.Selesai semua urusan.Segera atiq ansari mendapatkan teksi yang boleh membawanya terus ke Johor dengan menawarkan harga yang terbaik.Dalam teksi dia hanya diam , langsung tak berbual dengan pemandu teksi tersebut.Bukan dia sombong , tapi fikirannya yang merawang entah kemana-mana.Mana lagi nak melayan rindunya pada Cairo yang masih belum hilang ,rindu pada ibunya dan paling penting rindunya pada laila.

Sunyi , salamnya tak bersambut.Mana ibunya pergi ,rumah Nampak tak terurus .Banyak daun-daun kering bertaburan didepan rumahnya.Pokok bunga juga kelihatan kering seperti sudah lama tak disiram.

“Assalamualaikum , atiq ? Mak zehra masuk hospital dah tiga hari dah.”

“Waalaikumusalam,cik besah, Ibu masuk hospital mana?,”

“Hospital besar HSA, semalam ada makcik tengok dia.Dia ingat kamu nak balik hari ini.Dia pesan kat makcik suruh serahkan kunci pada kamu”

“Ibu sakit apa makcik?”

“Jatuh , patah tulang rusuk”

“Ya allah ia ker…”

“Atiq nak pergi hospital ker petang ni ?, sekarang tak boleh, waktu melawat dah habis,pukul 4.30 petang nanti baru boleh melawat.Makcik dan pakcik nak pergi juga petang karang,Mohlah pergi sekali”

“Bolehlah masih ada dua jam lagi ni , bolehlah saya mandi dan siap-siapkan diri,erm….makcik ,laila mana?”

“Laila…susah makcik nak cakap ,kamu tanya ibu kamu tu lebih baik “.

Sejak laila tak ada , jirannya itu yang bersungguh membantu zehra .Selama tiga hari ini dia yang berulang-alik dari hospital ke rumah untuk membawa pakaian-pakaian bersih untuk kegunaan zehra.Mereka simpati dengan keadaan zehra yang sebatang kara.Tapi hari ini mereka gembira sebab atiq sudah kembali.Sekurang-kurangnya bolehlah mereka melepaskan tanggungjawab ini kepada atiq.

“Assalamualaikum ibu…..”

“waalaikumusalam, subhanaallah atiq ,kamu sudah pulang nak .Rindunya ibu pada atiq,atiq sihat tak?.”

Pelukan hangat tak dilepaskan , atiq dicium semahu-mahunya.Rindu benar dia pada anak terunanya itu.Diusapkan wajah atiq,dibelek satu persatu jarinya dan dibelai rambutnya.Atiq pula hanya diam , dia tahu dia bersalah kerana membiarkan ibunya merinduinya selama ini.

“Ibu.., dahlah…atiq dah balik dah ni, atiq balik untuk selama-lamanya”

Manis senyuman zehra mendengar janji anaknya itu.Tak sia-sia dia berdoa siang dan malam kepada tuhan agar atiq kembali ke pangkuannya.Atiq bertekad dia akan menjaga ibunya itu sehingga sihat.

“Macam mana keadaan ibu , apa doktor cakap?”

“Entahlah …ibu bukan faham apa doktor tu cakap, tulisan dia lagilah ibu tak faham”

“Takperlah nanti atiq tanya doktor sendiri,malam ni atiq jaga ibu ya”

Tak terluah soalan berkenaan laila kepada ibunya.Ibunya juga seolah-olah tak mahu bercerita tentang laila.Bingung atiq ansari memikirkan bagaimana mahu bertanya.Akhirnya dia diam saja.Biarlah ibunya yang memulakan bicara tentang laila,bukan dirinya.

“Doktor boleh terangkan pasal ibu saya ini?”

“Saudara anaknya ya.Siapa nama saudara?”

“Nama saya atiq ansari”

“Nama saya zulaikha,ibu encik ini patah tiga tulang rusuk.Dia bernasib baik sebab tulang rusuk yang patah tu tak mencucuk mana-mana organ dalam badan.Tapi kerana faktor usia dan darah tinggi yang tak stabil menyebabkan agak lambat untuk ibu encik pulih dalam masa terdekat ini.Kebiasaannya bagi pesakit yang patah tulang rusuk ni, agak susah sedikit, hanyalah boleh beri ubat dan membuat pemantauan.Selain daripada tu kami memang tak boleh buat apa-apa”.

Atiq ansari tekun mendengar penjelasan doktor zulaikha tentang apa yang menimpa ibunya.Penerangan dari doktor zulaikha dicatit agar dia dapat mencari ikhtiar lain bagi mengubati ibunya.

“Encik atiq “

“Panggil saya atiq sahaja.”

“Atiq ….bolehkah saya nak tanya beberapa soalan ,”

“Ya , silakan “

“Kamu belajar dimana sebelum ini”

“Ohhh…saya baru pulang dari cairo ,baru jer pagi tadi sampai”

“Jadi benarlah apa yang saya fikirkan , saya sangkakan kebetulan”

“Apa maksud doktor?”

“Kenal dengan awa raudhah tak? .Pelajar tahun 2 jurusan usuluddin "

“Kenal ,kenapa?”

“Dia adik saya , nama kamu selalu tercatit dalam surat-suratnya.Saya terlihat kamu pakai beg berlambang universiti yang sama macam universiti awa belajar sekarang .Itu yang tergerak hati nak tanya tu.Macam mana awa sekarang, sihat tak dia?”

“Subhanaallah …satu kebetulan pulak ya, ukhwah saya dah awa raudhah memang benar-benar akan terjaga.Ada dia menghantar saya waktu mahu pulang.Nampaknya sihat saja.”

“Banyak yang awa raudhah cerita pasal kamu kepada keluarga kami”

“awa itu ada-ada saja,kalau macam ini taklah saya malu untuk meminta tolong sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada ibu saya nanti.”

“Nak malu apa , kalau awak tak suruh pun saya akan buat.Kan itu kerja saya.”

Sekarang atiq ansari sudah dapat membayangkan wajah awa raudhah disebalik purdahnya yang labuh itu.Pasti secantik kakaknya.Sesungguhnya apa yang dirancang oleh allah itu memang sangat sempurna.Datang suatu perkara yang menyedihkan tapi diganti dengan satu ukhwah yang baru.

“Ada soalan lagi saya nak tanya, kali ini berkaitan ibu awak”

“Apa soalannya?” berkerut dahi atiq ansari kerana bimbang soalan yang bakal ditanya mungkin tak dapat dijawab.

“Sewaktu ibu atiq dibawa kesini ada banyak kesan lebam dibadannya.Dia seolah-olah bergelut dengan orang yang lebih besar darinya,ada kesan yang dia ditendang,itu yang menyebabkan tulang rusuknya patah dan ada beberapa kesan lebam ditangan dan kakinya.Kamu tahu tentang ini tak?”

“Saya baru pulang tadi pagi , jadi saya belum maklum apa sebenarnya yang berlaku”

“Ohhh ia ker , ada juga saya bertanya pada ibu atiq , tapi dia diam jer.Seolah-olah ada benda yang dia rahsiakan”

“Saya akan tanya ibu, tapi mungkin bukan sekarang sebab keadaan ibu Nampak belum stabil”

“saya setuju tu”

Atiq risau dengan keadaan ibunya dan keselamatan laila. Semacam ada sesuatu perkara yang tidak betul berlaku dirumahnya tiga hari yang lepas.Tapi apa yang berlaku?.Dia harus menunggu ibunya stabil untuk menceritakan perkara sebenar Atau besok dia akan pulang kerumah sebentar dan bertanya dengan jirannya .Mungkin mereka tahu tentang perkara ini.Cuma tak diceritakan saja.

Laila dimana kamu …………………….?

Saturday, May 22, 2010

Kc-Selamat tinggal Cairo (bab 5)

Langit cerah hari ini .Bayang-bayang air di permukaan bumi cairo menunjukkan berapa panasnya cuaca pada hari itu.Basah bajunya menakung peluh yang keluar .Kulitnya yang putih kelihatan merah menyala.Walaupun begitu dia sedikit pun tak berganjak.Dia mahu melepaskan kerinduannya pada tanah tempat dia menuntut ilmu .Lima tahun bukannya satu masa yang pendek untuk menimbulkan cinta pada sesuatu tempat.Kalau itu usia perkahwinan paling kurang mungkin sudah ada anak dua.Atiq ansari berjalan menyusur kebun-kebun kurma .Disentuhnya pohon kurma yang tak pernah dia jakun selama ini.Kelihatan buah-buah kurma muda bergayutan di hujung dahan .Menandakan musim baru akan bermula.

Selesai itu dia terus bergerak kekedai buku aziz wahid.Disitu dia duduk termenung dan ada mutiara yang mengalir ke pipinya.Dia teringat saat mula-mula bekerja disitu.Terlalu banyak kenangan indah yang tercipta di sana.”Salam , nama ana atiq ansari , pelajar baru yang nak gantikan tempat abang tu “sapa atiq ansari kepada asrul.”Waalaikumusalam ,bukan ker anta sepatutnya datang esok”.”Ana lalu disini tadi , jadi ingatkan ana nak lihat-lihat dulu keadaan kedai sebelum ana mula bekerja esok”.”Ohh ia ker kebetulan pulak ana memang sedang mencatit aliran keluar masuk buku , kalau tak jadi keberatan bolehlah belajar sekarang.”.”Insyaallah tak de masalah , nama abang siapa?”.”Nama ana asrul , dari perak “.”anta dari mana?”.”ana dari johor, bila abang akan berangkat pulang”.”Insyaallah ,kalau tak ada apa-apa urusan yang tergendala mungkin dua hari lagi”.”selamat ya bang”.”Terima kasih atiq, nanti pulang harus berjuang untuk mencari pekerjaan pulak”.”ana doakan abang dapat kerja yang terbaik dimalaysia”.Asrul hanya tersenyum.Perkenalannya dengan asrul hanya berusia 3 hari , selepas itu dia tidak lagi bertemu atau berhubung dengan asrul yang pulang ke Malaysia setelah selesai pengajiannya..

Di kedai itu juga atiq ansari bertemu awa raudhah pelajar tahun 2 itu dirasakan sangat istimewa pada dirinya .Hanya kerana dia punya tanggungjawab yang lebih besar di Malaysia, dia berusaha melupakan cinta.Sekarang atiq ansari dan awa raudhah adalah sahabat baik.Sebut saja buku apa yang awa raudhah mahukan dia akan carikan buatnya.Awa raudhah sudah umpama adiknya sendiri.Kadangkala ada juga awa raudhah berkongsi masalah hidupnya.Banyak juga nasihat-nasihat yang mengalir buat awa raudhah.Dia bersyukur ukhwahnya bersama awa raudhah mampu terjaga.Asri pula ada satu tahun lagi sebelum pulang keMalaysia.Sejak dia tahu atiq ansari rapat dengan awa raudhah sibuk dia menyuruh atiq ansari menolongnya bertanya kepada awa raudhah .Samaada awa raudhah mahu berkawan dengan dirinya atau tidak.Atiq ansari tak tahu macam mana ingin menolong.Kerana semakin dia mengenali awa raudhah.Semakin dia mengerti hati gadis itu tak mudah untuk dimiliki.”apa kata anta tulis surat buat awa raudhah , nanti ana bagilah sama dia”.Atiq ansari menyuruh asri menulis surat kepada awa raudhah.”manalah ana tahu tulis surat, nanti kalau kata-kata ana melampau macam mana”.”apa susah, kalau kata-kata anta melampau , ana jadilah pelajar cairo yang terlampau”.”uissk….minta dijauhkan,anta ni main-main dengan perkara macam tu pulak atiq”.Atiq ansari ketawa melihat gelagat asri yang dirasakan lucu .

Dikedai itu, atiq ansari bersalaman dengan kawan-kawannya yang setia menemaninya bekerja dan menimba ilmu di bumi Cairo selama ini.Berpelukan dan saling mengucapkan selamat.Airmata yang keluar tak mampu disekang walaupun sedikit.Sedih benar atiq ansari.Sekarang dia harus keluar dari zon selesanya, zon tempat dia menyembunyikan diri dari masalah hidup.Zon dimana dia belajar tentang keselesaan hidup.Tanpa bayang-bayang hitam yang sentiasa mengekorinya sewaktu dia duduk di Malaysia dulu.Bukan tak ada dugaan disini , tapi dugaan itu tak sehebat waktu dia di tambak.Dugaan dibumi cairo hanyalah berperang dengan perasaan untuk bertahan hidup dalam cuaca yang panas.itulah yang paling hebat padanya.Yang lain-lain masalah kecil saja.

Sampai dirumah atiq terkejut kerana melihat pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh adik-adik dirumah sewanya.Ada makanan arab , pelbagai jenis roti yang paling kelakar ada budu .”Amboi ada budu, mari mano pulok ni”.”hok ari tu abe..,yang ana bawok balik maso kelik baru ni”.”ohhh tak habis lagi ker,dah dua bulan dah”.”eh abe budu tahanlah”.”Toksihlah hamba nanti hambo sakit perut pulok”.”Biarlah kalau toksih gak”.Zairul sahabatnya dari Kelantan tu tak boleh berengang dengan budu.Atiq ansari pelik dengan caranya.Makan nasi kosong dengan budu pun jadi.”zairul….zairul, biarlah nanti hamba cubo deh”.Atiq ansari memujuk hati kawannya itu, dia tak mahu mengecewakan seorang pun yang berada di rumah itu.Dia sayang semuanya.Merekalah teman susah , ketawa dan senangnya.Sejak duduk bersama mereka atiq juga dah pandai pelbagai bahasa .Sebut saja loghat apa ,insyaallah dia boleh tuturkan.Loghat Kelantan dia ada zairul yang mengajar , kedah ada sani , perak ada asri,Sarawak ada anjang dan negeri Sembilan ada yusof .Setelah duduk dengan mereka beberapa tahun kadangkala loghat percakapan atiq pun dah macam mereka.

Hari itu mereka makan sampai kenyang.Mereka mengurai kembali kenangan-kenangan yang pernah berlaku bersama atiq ansari.Teringat yusof peristiwa yang berlaku ,sewaktu dia sedang mengemas baju di bilik yang baru dihuninya dua hari Tiba-tiba ada cecair pekat yang mengalir dari hidungnya.”Darah….alamak hidung aku berdarah , habislah aku sakit , abang atiq…hidung saya berdarah , habislah saya……. baru sampai cairo dah nak mati dah”.Kecoh satu rumah kerana hidungnya yang berdarah, Atiq yang sedang mandi kelam kabut memakai baju kerana ingin melihat apa yang sedang berlaku diluar.”Kenapa…kenapa , siapa yang mati?”.Terlihat yusof sudah terbaring dilantai.Serta merta atiq turun kebawah meminta pertolongan sahabat arabnya yang mempunyai kereta untuk menghantar yusof ke hospital.Sampai dihospital , dia melihat ramai orang yang hidungnya berdarah,mereka kehairanan.Kata doktor kalau cuaca panas begini memang biasanya ada orang yang hidungnya akan berdarah.Hidung berdarah yang ini tak ada kaitan dengan hidup dan mati.Sejak itu atiq tahu yang yusof sangat sensitif dengan cuaca panas.”Ingat tak? bang atiq kelam kabut penuhkan tab mandi bila cuaca panas sebab nak suruh yusof berendam,ha..ha..ha..”.”Sebab ana tak mahu ada orang menjerit-jerit dia nak mati dah , hanya kerana darah keluar dari hidungnya ha….ha….ha…”.habis semua ketawa kerana peristiwa yang dianggap cemas dan lucu itu.

Sani yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. Ada getaran sedih di nada suaranya.”Abang atiq , ana nak minta maaf kalau ana ada buat apa-apa salah dengan abang atiq selama ini.Ana tahu dalam ramai-ramai ini ana yang paling degil,ana dah banyak susahkan abang “.”Kenapa cakap macam tu , pada ana.Anta semua adik-adik ana yang ana sayang.Tak kira apa pun yang anta lakukan ,ana tetap sayang anta semua”.”Ana ingat lagi waktu abang bersusah payah menjemput ana di damsyik sebab kena tahan dengan polis disana, bersusah payah abang pergi kedutaan seorang diri .Dengan wang yang tinggal beberapa rial saja dalam kocek abang nekad untuk selamatkan ana”.”Ohhh peristiwa itu ker ,.Ana dah lama lupakan.Pada ana peristiwa itu harus jadi pengajaran buat anta semua.Duduk dibumi asing, dokumen perjalanan anta semua wajid setiap masa berada dibadan.Jangan mudah percayakan orang asing.Sebab anta tak tahu budaya mereka yang berbeza dengan kita.Kalau ada apa-apa selepas ini cepat-cepat cari orang yang boleh berhubung dengan kedutaan .jangan tunggu satu dua hari barulah nak laporkan .Nanti kedutaan susah nak tolong anta, faham tak “ Semuanya mengangguk kepala tanda faham dengan apa yang atiq ansari khabarkan.”Ana mahu anta semua ajarkan perkara ini kepada pelajar-pelajar baru , jangan diam saja.Siapa lagi saudara kita kalau disini kalau bukan teman senegara.Terutama bagi pelajar baru mereka perlukan bimbingan kerana bumi ini asing buat mereka”.

“Abang atiq , ini kami belikan baju buat abang atiq ada dua helai satu warna putih dan satu warna hitam.”Anjang mengeluarkan baju jubah untuk lelaki yang selalu digunakan oleh orang arab untuk melaksanakan solat.”Subhanaallah ……cantiknya jubah ini.Ini bukan jubah yang ana nak beli masa pergi umrah tahun lepas ker”.”Ia bang , ana pesan sama abang zumi yang baru pulang dari sana bulan lepas,masa abang lihat tu zairul ada ambil gambar kedai dan baju itu.Tapi masa tu kami tak ada rial nak beli, jadi ini hasil dari duit yang kami simpan beberapa bulan ini. “.Menangis atiq ansari, betapa adik-adiknya itu sayang padanya sehingga sanggup untuk mendapatkan barangan yang dia mahukan.”Bang ini tak setara pun dengan pengorbanan abang pada kami selama ini.Ana harap ukhwah kita akan terus sampai ke Malaysia ya bang “.”Insyaallah asri …..insyaallah “.Mereka berpelukan , rasanya tak mahu dilepaskan pelukan itu.”Kami akan rindukan abang , kehidupan selepas ini pasti tak sama dengan dulu”.”Jangan begitu anta semua memegang amanah ayah dan ibu anta yang mahu melihat anaknya menjadi pejuang agama, jadi anta semua harus kuat….janji ya,janji pada ana”.”Kami janji bang “Serentak semuanya menjawab.Airmata di kesat dan mereka bergembira semula.

Ramai yang menghantar atiq untuk pulang ke tanah air pada hari ini.Bermacam-macam jenis hadiah yang diterimanya.Atiq ansari memang sesorang yang sangat disayangi oleh sahabat dan guru-gurunya.Sejak malam tadi air matanya bercucuran dia tak tahu bila lagi boleh kembali ke bumi cairo .Tapi dia redha setiap detik awal pasti akan ada akhirnya.Seolah terasa baru semalam dia sampai dibumi cairo sekarang di harus pulang meninggalkan bumi limpahan ilmu itu.”Jaga diri ya abang atiq, awa doakan abang atiq dapat kerja yang baik di johor nanti”.”Insyaallah raudhah , terima kasih ya atas hadiah dan kata-kata semangat itu”.”Bagilah ucapan sikit ustadz atiq”.Ada suara yang kedengaran dari celah-celah orang yang ramai.Amboi dah macam artis pulak .”Assalamualaikum , ana harap anta semua jaga diri , jaga perangai , jaga nama baik Negara ana.Jangan buat yang bukan-bukan belajar betul-betul dan doakan kehidupan ana ya, ana sayang anta semua.”.Ada mutiara yang sekali lagi turun kepipi atiq ansari.Selesai memberi pelukan Atiq ansari terus berangkat ke ruangan berlepas.”Jaga diri ya ukhti , ya akhi”.Bumi Malaysia menunggu kedatangan atiq ansari, misi-misi penting yang sudah dirangka selama lima tahun dia di bumi cairo harus diusahakan supaya terlaksana.”Selamat tinggal Cairo “.Perasaan dalam hati bercampur .Sedih kerana meninggalkan zon selesanya.Gembira kerana ingin bertemu dengan Laila dan ibunya.

“Laila…..abang pulang…”

Wednesday, May 19, 2010

Kc- Warkah buat bidadari raudhah (bab 4)

Sudah hampir satu minggu atiq ansari memikirkan cara terbaik untuk membalas surat raudhah.Dia tak mahu laut yang berombak tenang akan bergelora hanya kerana kata-kata yang menyakitkan .Sering manusia tersalah langkah saat menutur kata dengan seorang yang dihormati malahan mungkin disayangi. Atiq ansari sedar kata-kata yang salah boleh membawa kepada jurang hati yang dalam.Dia tak mahu dikatakan manusia yang tak beradat dalam menutur kata.

Assalamualaikum ,

Salam buatmu awa raudhah.
Semoga limpahan kasih allah bercucuran keatas kita yang sentiasa berusaha mencari keredhaannya.

Izinkan diriku memanggilmu raudhah kerana betapa indah namamu itu melambangkan syurga yang telah allah ciptakan buat manusia yang taat akan perintahnya.
Sebelum aku terus mencoret warkah ini. Izin aku menjadi seorang yang mempunyai hubungan dengan mu umpama saudara kandung yang tiada pertalian darah. Supaya bahasa perbicaraan kita tak akan mencalar antara satu sama lain dan lebih mudah diterima hati.

Raudhah,

Manusia selalu tertipu dengan perasaan dan mata mereka yang memberikan gambaran yang indah terhadap seorang manusia yang lain.Pandangan itu sering membuatkan manusia merasa terbang melayang dan menyuarakan hasrat tanpa mempertimbangkan kata hati yang sebenar.Saat ada perasaan cinta yang mengalir , perasaan itu harus dikaji dan ditanya oleh diri.adakah ia berlandaskan nafsu atau berpaksi pada tuhan yang satu .Ia juga harus dikaji sedalam dan sekukuh manakah cinta itu ,adakah sekukuh benteng batu dibalik laut atau sekuat permata yang payah dibelah dan mahal untuk dimiliki.

Raudhah,

Andai ada Cinta yang hadir didalam diri kita ianya haruslah berlandaskan iman untuk membina kehidupan cemerlang dunia akhirat.Atiq punya tanggungjawab yang sangat besar dengan keluarga dikampung Tangungjawab untuk membina jambatan baru bagi mengantikan jambatan hidup kami yang sangat usang dengan ilmu dan kasih sayang.Perjalanan diriku masih sangat panjang.dan berliku.


Raudhah,

Biarlah kita menjadi saudara sahaja,semoga dengan persaudaraan ini mampu menjaga ukhwan kita dengan lebih baik.

Atiq ansari.

Awa raudhah diam membungkam , dalam sungguh kata-kata atiq ansari kepadanya.Dia mula sedar dia tak menilai cinta yang hadir dalam dirinya selama ini.Dia hampir hanyut dengan perasaannya sendiri.Segala ilmu yang dia dapat dibumi cairo seakan-akan tidak digunakan olehnya untuk memikirkan perasaannya yang timbul kerana tuntutan dunia.
“Ya allah , aku mohon ampun darimu , aku mengejar sesuatu yang tak pasti .Lantaran itu aku jadi lupa untuk mencintaimu.Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk mu.Ya allah jadikanlah cintaku kepada mu melebihi cintaku kepada dunia dan air yang dingin”.

Warkah yang dilayangkan kepada awa raudhah telah membuatkan dirinya tenang seketika. Atiq ansari berusaha sedaya upaya untuk tidak mengecewakan awa raudhah dengan kata-kata yang menyakitkan .Dia tak mahu jadi seperti sesetengah lelaki yang menolak cinta seorang wanita dengan cara yang sangat keras.Baginya wanita itu diciptakan terlalu indah untuk disakiti.Baginya wanita tu mutiara didalam lautan .Malahan didalam al-quran banyak di kisahkan perihal-perihal yang menarik mengenai wanita.
Lagi dua minggu kertas akhir feqah akan berlangsung.Atiq ansari belum sempat belajar apa-apa lagi kerana sibuk dengan tuntutan kerja dan tidak berhenti memikirkan kepedihan ibunya dan laila yang berada di bumi tambak saat ini.Dia telah berjanji dengan dirinya, dia harus lulus peperiksaan ini.Kerana selepas itu ada misi yang harus dicapai.Dia teringat cita-citanya untuk mendirikan mahligai buat perlindungan insan-insan yang teranaiya .Dia teringat cita-citanya untuk mengubah keperitan hidupnya menjadi gula.Dia teringat cita-citanya untuk menyelamatkan seberapa ramai orang yang dia mampu,pulang ke jalan yang benar.Atiq ansari tahu ini adalah satu misi berat buat dirinya.Tapi dia sudah berjanji dia akan cuba mencapai sedaya mungkin.Selagi matanya terbuka nasib mereka akan dibela.

Tuesday, May 18, 2010

KC-Surat dari tambak (bab 3)

Selesai membaca surat awa raudhah . Atiq ansari membuka satu lagi surat kali ini ialah kiriman dari tambak.Tambak tempat dia melepaskan keluhan hidup.Tambak tempat dia duduk bersama laila bercerita tentang masa depan .

”Nanti besar abang atiq nak jadi apa?”.

”Abang ingat abang nak jadi ahli tahfiz al-quran dan ahli fuquha ‘yang terkenal”.

”Boleh ker orang macam kita jadi penghafaz al-quran?”.

”kenapa tak boleh, ustadz hanafi kata boleh.”

“Apa sebabnya abang nak jadi penghafaz al-quran.?”

“kata ustadz kalau kita jadi para huffaz,kita boleh bawa paling kurang 7 orang ahli keluarga kita kesyurga”

“Ia ker abang nak bawa siapa?”

“Abang nak bawa,ibu,laila, ibu laila, ustadz yang lagi tiga nantilah abang fikir.”

“Abang tak nak bawa ayah abang “.

“entah .”

“Tapi abang kata boleh bawa 7 orang keluarga, laila bukan keluarga abang”

“Ala kira keluargalah jugak”

“Betul ker.”

“Betul…..”.

“Alhamdulillah,ada juga orang nak bela nasib laila, terima kasih ya bang”

Perlahan warkah dibuka .sudah hampir sebulan atiq ansari tak menerima warkah dari laila.Dia juga risaukan laila dan ibunya .Tak tahu apa yang berlaku , selalunya laila akan menghantar surat kepadanya paling kurang dua minggu sekali. Semua yang berlaku dikampung dia tahu.Kisah mak jah jirannya yang baru kehilangan anak kerana kes pergaduhan kongsi gelap di sentosa pun dia tahu. Dan macam-macam kisah lagi.Pokok cerita semua perihal dikampung dia tahu.

Salam sayang buat abang atiq ansari,

Assalamualaikum ,

Abang atiq apa khabar, maaf lama laila tak utus surat kepada abang .Bang dalam sebulan ini ada banyak perkara yang berlaku disini.Perkara-perkara yang sedih yang harus laila tempuhi seorang diri di bumi johor.Bumi tambak tempat kita mencurahkan keluhan hidup.Berat pena nak melakar abjab .Satu berita yang sangat berat untuk laila khabarkan pada abang. Bahu tempat kita sandarkan harapan telah pulang kerahmatullah dua minggu yang lepas.Perginya secara tiba-tiba bang.Laila dapat tahu dari yusuf ,itupun setelah 2 hari arwah pergi meninggalkan kita.Sedih laila ,bila anak-anaknya tak benarkan laila melawat kubur ayah mereka , kata mereka ustadz hanafi lebih banyak meluangkan masa dengan kita berbanding anak-anaknya sendiri.Mereka rasa ustadz melalaikan diri mereka demi kita.

Maafkan laila.Laila tak tunaikan janji laila pada abang untuk sentiasa menjaga ustadz .Masa ustadz sakit ,ibu sedang sakit tenat.Ibu kena stroke ,Langsung tak boleh nak jalan terbaring lesu di tilam usang .Makan bersuap .Mandi pun laila yang uruskan . Bang tak lama lepas ustadz pergi. Ibu pulak pergi.Besar sungguh dugaan laila . sekarang laila hanya harapkan Mak zehra untuk jaga laila. Laila takut sejak ibu meninggal Orang kelab dah berani datang kerumah. Kata diorang ibu banyak hutang. Dan hutang itu mesti dilangsaikan oleh laila..Akal buntu , diorang bagi tempoh 3 bulan untuk langsaikan hutang ibu.Macam mana ni bang .Laila taknak jadi macam ibu.Laila taknak hidup bergelumang dosa. Laila takut allah.

Boleh tak bang pulang ambik laila Kan dulu abang dah janji abang akan jaga laila sampai laila mati Dah lima tahun abang tak balik .Mak zehra dah terlalu rindu kan abang. Setiap hari dia akan merenung gambar abang kemudian tersenyum sendiri.Kesian dia bang.Laila tak sampai hati tengok mak zehra macam tu .Untuk pengetahuan abang mak zehra dah berhenti dari kerja tu.Sekarang kami ambik upah basuh pinggan kat restoran.Upahnya kami gabungkan buat bayar sewa rumah ,api dan air.Adalah lebih sikit untuk makan.Abang , laila tunggu abang balik. Kata mak zehra sepatutnya abang balik dua bulan lagikan .Kalau betul laila tunggu abang kat disini ya.
Atiq ansari aku menunggu kepulanganmu.Ingat janjimu ingin memimpin aku sama ke syurga.Semoga janji kita akan terpatri mati selamanya.

Salam sayang dari laila dan mak zehra di bumi tambak.


Remuk hati atiq ansari saat selesai membaca warkah dari laila.Tak sangka begitu berat dugaan yang dipikul gadis yang berusia 22 tahun itu.Dia terkenang janjinya pada laila untuk pulang sebagai orang yang berilmu dan mampu mempratikkan ilmu. Menarik ibu dan orang-orang kesayangannya dari lembah hina dan kotor. Neraka dan syurga ciptaan manusia.Dunia dimana manusia melepaskan nafsu tanpa memikir hidup dialam satu lagi. Dunia di mana tangan-tangan kotor menyentuh , meraba dan memiliki sesuatu yang hakikatnya nyata bukan milik mereka. Layanan bertukar ganti Sesiapa pun bisa melanggan tak kira bangsa.Tubuh lemah dinikmati tanpa sikit pun rasa sesalan dihati. Dosa , pahala jadi mainan di bibir mereka. Istilah-istilah yang kurang enak didengar di bicarakan sesuka hati.Tanpa segan dan silu di wajah mereka. Tanpa kisah maruah yang tercalar kerana tanggapan manusia berapa murahnya harga diri untuk dimiliki.

Atiq kemudian menangis sendiri. “aku harus pulang ada maruah insan bernyawa yang harus aku selamatkan, selesai saja kertas terakhir aku akan pulang.Laila tunggu aku sebulan lagi.Aku pulang bawa berita gembira buat dirimu.”Aku akan pulang bawa semangat perjuangan baru. Aku akan pulang bawa sinar yang bakal menerangi hidupku dan hidupmu .Aku mohon kau bertahan , sampai waktu aku akan pulang .Aku janji aku akan pulang.

Berbeza dengan surat awa raudhah surat laila disimpan ditempat yang paling tinggi dalam hatinya.Atiq ansari sering merasa terhutang budi dengan laila yang telah menjaga ibunya dan ustadz hanafi selama ini.Mereka berpijak di dua tempat berbeza tapi nyata perjuangan mereka itu sama .Sebelum ke cairo atiq ansari berjanji dia akan pulang dan mengubah nasib keluarganya.Dia mahu jadi macam ustadz hanafi yang tak lelah dan mengeluh walau sedikitpun membantu anak lorong gelap seperti dirinya dan laila. “Ustadz maafkan atiq , atiq terlalu alpha berada dibumi cairo sehingga melupakan tanggungjawab di bumi kelahiranku”.Rindu tiba-tiba menerpa ke hati atiq ansari rindu pada laila, pada ibunya dan pada ustadz hanafi. Hajatnya untuk menceritakan semua kegembiraannya di bumi cairo kepada lelaki yang dianggap umpama ayah tu lebur seperti leburnya ais digurun sahara.”Ya allah aku belajar ilmumu, tapi tak mempratikkannya dalam kehidupanku.Aku malu ya allah…..aku malu , Aku merasa ilmuku tinggi sehingga aku melemparkan tanggapan dan wajahku aku palingkan kerana merasa diri mulia dan orang lain hina”.Astagfirulllahalazim………………………………………………………..

Nota kecil:
huffaz=penghafaz al-quran ,
fuquha’=seseorang yang punya kemahiran dalam menggunakan dalil usul syarie.untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta menyelesaikan masalah manusia.

Sunday, May 16, 2010

KC-Awa Raudhah – Bidadari dari syurga(bab 2)

Sejak kali pertama bertemu dengan awa raudhah , Hati atiq ansari dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa dengan gadis tersebut.Dia bingung dengan dirinya sendiri.Dia seperti tidak sabar menanti awa raudhah kembali menemuinya.”Subhanaallah , apa yang aku rasakan ini , adakah ini namanya cinta?,layakkah aku menyulam cinta?.Layakkah lelaki dari lorong gelap ini merasai nikmat cinta”.Malam itu bersungguh-sungguh dia membaca kitab suci tuhan.Dia mahu melupakan cinta yang yang tak mungkin dicapai.Ada mutiara-mutiara suci yang mengalir dari matanya.”Tuhan….bantulah aku,aku tak tahu apakah pesonanya yang memukau atau mungkin akal sudah tidak lagi ditempat.Di bibir atiq ansari tidak berhenti mengalunkan zikir, supaya hatinya senantiasa kuat apabila berdepan dengan makhluk indah ciptaan tuhan yang bernama perempuan.

“Awa ….ana mahu ikut kekedai buku petang ini ya, ada buku yang ingin ana cari “.”Boleh saja tapi kita harus berada disana jam 3 , ana sudah janji sama atiq ansari”.”Atiq ansari …bukan ker dia yang mengimamkan solat maghrib di kedutaan semalam?, masyaallah ….suaranya merdu sekali “.”Ia …..atiq ansari yang itulah.Bacaannya semalam memang indah ,cukup alunan dan lengkap tajwidnya,satu pun tak tergelincir”.Awa Raudhah tidak sabar ingin menemui atiq ansari .Ada getaran cinta dijiwanya.Dia seolah-olah ingin meminang atiq ansari menjadi pasangan hidupnya.Dia tak malu untuk melakukan ini , kerana siti khadijah dulu juga melakukan perkara yang sama terhadap rasullullah.Tapi dia tak mahu terburu-buru.Dia tak tahu apa perasaan atiq ansari pada dirinya.

Atiq ansari menghulurkan buku ihya ulumiddin jilid 5 dan 6.Selepas tu dia dengan segera memalingkan badannya dari wanita itu.”Atiq ansari….terima kasih sebab pinjamkan buku ini , tapi ana hanya perlu jilid 5 saja jilid 6 ana dah ada dan Ini ada surat untuk anta.”.”Surat dari siapa”.”Baca dulu nanti anta akan tahu”.”Baiklah terima kasih “.Sewaktu mengambil kertas yang dihulurkan awa raudhah , dia terpandang sepasang mata yang sangat cantik dari wanita yang berpurdah tu .Benarlah kata teman sekuliahnya yang selalu menceritakan kecantikkan mata awa raudhah.Keindahan peribadinya dan kehalusan budi pekertinya.Kata asri , awa raudhah umpama bidadari syurga yang diturunkan ke dunia. Dia hanya mendengar saja saat asri memuji awa raudhah , tapi apabila wanita itu sudah berada didepan matanya ,dia sedar kata-kata sahabatnya itu bukan pujian semata.

Salam buat Atiq Ansari ,

Semoga allah memberi rahmat kepada kita dan bumi cairo menjadi saksi perjuangan menuntut ilmu di bumi asing bukan kelahiran diriku dan dirimu.

Sejak pertemuan pertama kita .Ana seperti tak mampu melelapkan mata.Anta senantiasa berada di fikiran ana, Perasaan ana bergelora ingin mengenali anta dengan lebih dalam ,Adakah ini namanya cinta Ana pun tak pasti.Kalau ini namanya cinta maka ana bersyukur kerana cinta ini memilih dirimu.Ana tahu ana tak sepatutnya menulis warkah ini kepadamu . Tetapi ana tak mahu melepaskan peluang dapat berkenalan dengan seseorang yang sangat istimewa pada ana. Nama atiq ansari satu nama yang sangat indah buat ana.Sesuai dengan peribadi dirimu , yang jelas memaparkan dirimu berada dilorong kebenaran .Malu ingin ana katakan disini , juga bimbang sekiranya kata-kata ana seterusnya ini akan ditafsirkan sebagai nafsu semata-mata.

Wahai atiq ansari “ana bersumpah demi allah, inilah sesungguhnya cinta yang membara kerana pancaran pandangan mata”.Ana berharap anta adalah manusia yang diciptakan tuhan buat memimpin ana kesyurga.Tidaklah ana mengharapkan balasan . Tetapi sekiranya benar masjid ingin dibina maka ana rela menjadi penaungnya.

Dari hamba allah buat hamba allah
Dari Awa Raudhah buat Atiq Ansari.

Atiq ansari hanya membungkam .Usai dia membaca surat tu ,diletakkannya disalah sebuah buku yang sudah lama tidak digunakan . Bukanlah dia tak mahu membalas cinta awa raudhah Dia juga sedar wanita itu sudah mula bertahta di hatinya.. Cuma dia terbayang berapa jauhnya kuffu antara mereka.Awa raudhah lahir dari keluarga yang ternama dalam bidang agama.Umi dan walidnya adalah seorang pendakwah terkenal di Malaysia .Awa raudhah dididik dengan ilmu agama sejak dia dari perut ibunya lagi.Sedangkan dia adalah anak dari lorong gelap.Dia berjaya ke cairo atas pertolongan ustadz hanafi yang mengaku dia sebagai anak angkatnya.Ustadz hanafi adalah orang yang memberi nama kepada atiq ansari.Dia masih ingat ,sejak dari kecil dia akan berlari bersama laila,untuk pergi menuntut ilmu agama dengan ustadz hanafi. Masih tergiyang di telinganya , cerita tentang bagaimana ibunya berusaha menemui ustadz Hanafi sehari selepas kelahirannya kerana bingung nama apa yang nak diberi kepadanya.

kuffu= taraf

Saturday, May 15, 2010

Kc - Warkah buat Laila.

Laila akan menghiasi rantaian hidup atiq ansari.Kisah mereka sama seperti laila di bumi padang pasir. Tapi laila ini berada di kota metropolitan.Syurga dunia ciptaan manusia.

Warkah buatmu Laila
Kendati pun teranyam rasa di penjuru hati
Runtuhan hidup tak mengizinkan kita bermimpi
Keutamaan kita teramat jauh berbeza
Sesungguhnya duniaku di sini bukan syurga

Hayatilah hakikatnya
Pabila telah tertutup mata dan pintu hati
Kemanusiaan mati di telinga yang tuli
Tega nya yang tidak berdosa dijadikan korban
Benci dan dendam bagai api di dalam sekam

Kata-kata mu Laila
Azimat yang tersemat di hati
Sesungguhnya tiada terdaya
Menggapai harapan andainya bersendiri

Do’akanlah Laila
Do’a untukku dan yang senasib denganku
Agar kebenaran kembali dijulang
Sabar redha bertawaqal pada hikmah kalimah

Lailahaillallah Muhammadarasulullah
Lailahaillallah Muhammadarasulullah
Lailahaillallah Lailahaillallah
Lailahaillallah Allah Allah

Friday, May 14, 2010

KC-Cairo bumi limpahan ilmu(Bab 1)

Usai talaqqi dengan syeikh azhar umari , atiq ansari bergegas kekedai buku berhampiran. Sudah lama dia berjanji dengan subhan untuk memulangkan buku yang dipinjamnya.Lantaran kerana kesusahan hidup dia tak mampu untuk membeli bukunya sendiri .Hampir semua buku dipinjam dari pelajar-pelajar yang lebih senior darinya."Salam ya ustadz subhan , minta maaf ana lambat pulangkan buku ustadz ".Subhan hanya tersenyum "ana belum layak digelar ustadz , anta baru layak ...ya ustadz atiq ansari"."Jangan subhan ...tu terlalu besar buat ana yang kerdil ni".Mereka saling menolak gelaran itu kerana merasa diri belum layak.

Kekuatan Atiq ansari adalah pada nama indahnya. Nama itu diberi oleh seorang ustadz di tempat kelahirannya.Diambil sempena nama salah seorang pembangun bandar andalusia.Nama atiq ansari terpahat di dinding satu bangunan sejarah disana.Itu atiq ansari dari kurun ke-14 , atiq ansari yang ada sekarang ini adalah pelajar lulusan al-azhar di kurun yang ke-20.Atiq ansari berkulit cerah , alur keningnya tersusun kemas , bibirnya merah merekah dengan hidungnya yang sedikit mancung kalau dipandang tiada bezanya dia dengan paras rupa orang-orang arab dicairo.Dia bukan saja terkenal dengan kekacakkannya tapi juga dia terkenal dengan kewarakkannya.Jarang sekali dia mengangkat muka saat berbicara dengan wanita yang bukan mahramnya.Berbicara hanya bila perlu dan bersuara merdu saat mengalunkan ayat-ayat suci al-quran ketika menghafaz.Dia terkenal di kalangan pelajar-pelajar senior dan pelajar perempuan yang ingin mencari lelaki soleh untuk mendampingi mereka di syurga dunia.

Sudah lima tahun atiq ansari disini.Sudah lima tahun juga atiq ansari tidak pulang ke malaysia. Diwaktu cuti semester dia lebih selesa mencari kerja dan belajar dari pulang ke negaranya sendiri. Ramai juga rakan-rakan bertanya tak rindukah dia pada keluarganya.Dia hanya punya ibu , keluarga yang lain dia tak kenal .Jadi kalau dia merindu , dia hanya rindukan ibunya saja. Atau mungkin juga dia rindukan Laila , teman sepermainannya.Bukan dia tak mahu pulang , tapi dia tak tahu bagaimana mahu pulang. Dia juga sudah tidak nampak jalan untuk pulang ke kampungnya.Mungkin kerana jalan itu kelam.Dia tak sanggup lagi pulang ke jalan kelam.Dia takut kekelaman itu akan menyeretnya ke jalan yang kusam.

"Maaf boleh tolong ana cari buku ihya ulumiddin karya Imam ghazali jilid ke lima"."Ohhh buku itu tak de dijual disini , Kalau di malaysia mungkin banyak kot "."Ia ker... dalam versi arab juga tak ada"."Kalau saudari mahu saya ada ihya ulumiddin dari jilid satu hingga 10,kalau nak pinjam datanglah kesini lagi besok .Jam dua saya sudah mula bekerja dan akan usai bekerja jam 9 malam, bila saja diantara waktu itu saudari boleh datang"."Syukran ....ana hargai , ana akan ada disini jam 3 , insyaallah. Ohh ya nama ana Awa Raudhah"."Boleh saya tahu nama saudara siapa ?."Ana atiq ansari". "syukran ya atiq ansari...jumpa lagi esok"."afwan ".Itulah kali pertama atiq ansari bertemu dengan Awa Raudhah .Dia hanya mendengar wanita itu mengucapkan namanya , tetapi langsung tidak memandang wajahnya.Setelah beberapa tahun bekerja di kedai buku Aziz wahid , dia telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan pesanan-pesanan buku buat pelajar dari indonesia dan malaysia.Kalau buku yang dicari ada dalam senarai simpanannya. Kebiasaannya dia akan mengalakkan pelajar meminjam saja buku tersebut dari dirinya sendiri dari membeli yang baru.

Hari ini atiq ansari belajar ushul tafsir.cuaca di bumi cairo sangat panas. Hampir mencecah 41 darjah celcius.Walaupun panas dia nekad untuk menuntut ilmu , kerana itulah tujuan dia datang ke bumi cairo.Dia mahu belajar sebanyak mungkin ilmu akhirat, dia mahu memimpin ibunya kesyurga.Setiap kali usai sembahyang , doanya tak pernah putus.Buat ibunya dikirimkan al-fatihah dan ayat-ayat cinta dari tuhan . Dia berdoa semoga akan ada sinar yang kembali dalam kehidupan ibunya.Walau apa pun yang ibunya lakukan . Padanya hubungan antara ibu dan anak , laksana uban yang bercampur didalam rambut yang hitam.

"wahai yang bersemayam didalam rasa dan diriku ,
Engkau jauh dari penglihatan dan pandangan,
Engkau adalah rohku jika aku tidak memandangmu,
Dia lebih dekat denganku dari segala yang berdekatan."


Kerajaan Cinta Atiq Ansari



Thursday, May 13, 2010

Nantikan kemunculan ....atiq ansari pembina kerajaan cinta ditengah kesuraman..

Atiq ansari rindukan kehidupan . Dia mencari sinar terang dalam kegelapan malam .Dihatinya ada gelora. Gelojak dari peristiwa-peristiwa hitam yang pernah mencalar hidupnya.
"Tuhan ...bantulah aku mencari jalan terang didalam gelapnya malam"