Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.
Showing posts with label Berlian. Show all posts
Showing posts with label Berlian. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Berlian ....(bab 4)

Selesai membantu mak jah memandikan uminya.Hafiz segera bersiap-siap untuk ke tempat biasa dia dan afkar sering bertemu.Ada luahan rasa yang ingin dikongsi bersama sahabat baiknya itu.

“Kenapa diam jer , dah lama tak jumpa .Tak nak cakap pulak.”.Afkar bingung melihat rakannya yang sedari tadi hanya diam tanpa sepatah kata.Padahal dia yang beria-ria mahu berjumpa dengannya.Sekarang diam pulak.

“Afkar , aku risaulah.”

“Apa yang kau risau ? hafiz , cuba kau beritahu aku.”

“Aku risau keadaan umi aku , semalam aku bawa umi aku buat rawatan susulan,doktor cakap mungkin peluang umi aku untuk pulih sangat nipis.Macam mana afkar , aku dah tak tahu apa nak buat lagi.”Gugur mutiara dari matanya,hilang ketabahan yang pernah dibina selama ini."Afkar tolonglah aku ".

Afkar segera mendakap hafiz .Sengaja dia biarkan hafiz melepaskan kesedihan dibahunya.

“Hafiz , aku tak tahu macam mana nak bantu kau , tapi aku tahu .Allah itu menduga mahkluknya sesuai dengan kemampuanmu hafiz.Dunia dan akhirat aku akan sentiasa ada untuk kau.Selama-lamanya.Aku janji.”

“Terima kasih afkar .”

“Sudah hafiz jangan nangis.Aku mohon jangan nangis lagi.Besok aku tolong kau mandikan umi kau eh.”

Serta merta hafiz memandang afkar."Kau ni dah tak reti halal haram, Kau mana boleh sentuh umi aku , selagi aku mampu”.

“Ia ker , mana aku tahu .Aku ni jahil sikit pasal agama.Semuanya belasah jer”.

“Teruk betul ,itu pun tak tahu.”

Akhirnya mereka ketawa.Sengaja afkar mencetus kontroversi didalam perbualan dengan sahabatnya itu .Kerana dia mahu sahabatnya melupakan sebentar masalah yang sudah setahun membebani dirinya.

“Abang zul tak datang ker hari ini”

“Entah …..selalu waktu rehat tengahari dia sampailah .Tapi semalam entah apa mimpi dia sampai isyak baru balik.Sempatlah kami makan sekali”

“Abang zul tu baik kan ".

“a’aa , dia belikan aku handphone baru , dia cakap supaya senang aku telefon dia kalau ada apa-apa jadi kat umi”.

“Dahlah jangan sedih-sedih hafiz , malam ini aku minta izin dengan mak dan ayah aku untuk teman kau dirumah ya.”

“Betul ker ,Alhamdulillah ..boleh lah main game sampai pagi.”

“Main game …bagus tu "

Hafiz gembira ,malam ini dia ada teman .Hampir setiap malam dia mengalun ayat-ayat cinta buat uminya.Tapi malam ini dia tak de kekuatan untuk itu semua.Dia perlukan masa untuk dirinya sendiri.Satu hari saja.Sudah cukup untuk dia melepaskan lelah .Satu hari saja.

“Umi , malam ini .Hafiz tak boleh baca sajak untuk umi .Hafiz rehat satu hari ya umi .Hafiz nak umi pun rehat juga.Esok hafiz baca sajak yang baru tadi hafiz tulis masa duduk kat bendang. dengan afkar .Oh ya umi , hari ini afkar akan tidur sini.Pastu hafiz ajak abang zul sekali sebab dia cakap dia tak kerja esok.Kami nak main game.Bolehkan umi.Hari ini jer, Hari ini jer umi.”

Sayu pandangan ruziah , dia faham anaknya itu masih muda , walaupun harus memikul beban .Tapi dia tak lepas dari jiwa remajanya yang mahukan kegembiraan untuk dirinya sendiri.Ruziah mengerlipkan matanya tanda setuju dengan permintaan anaknya.Kemudian dia memejamkan mata .Letih sungguh dia hari ini .Walaupun tak mampu bergerak ,tapi perjalanan ke hospital tadi membuatkan dia lelah.Ingin dia jeritkan tapi tak terluah .Dia sudah tak sanggup di usung ke sana-sini .Dia kesian melihat hafiz.Masa remaja anak itu terbuang begitu saja.Biarlah dia terus dirumah saja.Dia tak mahu lagi kehospital.

Malam itu hafiz ,afkar dan zul .Melepaskan tekanan .Selepas isyak mereka sudah mula bermain game sampai ke subuh barulah berhenti.Mereka ketawa , bercerita pasal kisah silam dan berkongsi pengalaman semasa sekolah. Tak de cerita-cerita sedih yang dibangkitkan, semuanya cerita gembira.Lega hati hafiz, dia seolah-olah lupa dengan segala benda yang dihadapi selama ini.

Thursday, May 27, 2010

Berlian ....(bab 3)

“Uzur ker…kenapa tak ambil air sembahyang lagi ni”Hafiz memecah lamunan zulkifli.

Perlahan zulkifli melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu.

“Abang zul ….lamanya buat apa kat dalam tu”.Sudah lenguh kaki hafiz berdiri di tikar sembahyang menanti zulkifli untuk berjemaah dengannya.Sudah setengah jam juga, zulkifli hanya memandang air keluar dari pili itu.Dia sudah lupa tertib mana yang harus dimulakan dulu.Sudah lama dia meninggalkan sejadah tuhan .Dia juga sudah lupa kearah mana dirinya sepatutnya dikiblatkan.Kerana ingin menutup malu dan kelemahan diri.Dia membasahkan saja semua anggota yang mampu dicapai, habis lencun bajunya mengalahkan anak kecil bermain air.

“Ya allah ….abang zul mandi ker ambil air sembahyang “

“Air sembahyanglah kenapa”

“Budak umur 5 tahun jer ambil air sembahyang sampai lencun baju tau.Nah pakai baju hafiz ini”.Pantas hafiz memberikan t-shirt berwarna biru kepada zulkifli.Dia tak mahu zulkifli mengadap tuhan dengan keadaan basah begitu.Selesai menukar baju , zulkifli terus berdiri diatas sejadah yang paling belakang.

“Hai ….bila nak mula ini bang ,”

“Mula apa”.Berkerut dahi zulkifli.

“Astagfirullah ……sembahyanglah , bila nak mula .Abang jadi imam kan “

“iiii..imam….eh abang tak boleh lah dik hari ini”

“Kenapa tak boleh “

“Hari ini abang…errr abang pening “

“Ok , kali ini hafiz imam , lain kali abang pulak ya”

Menitis air mata zulkifli saat mendengar ayat-ayat suci karya tuhan di dendangkan anak muda yang baru berusia 20 tahun itu. Sudah lama dia tak merasa setenang ini.Karya tuhan yang dilaungkan hafiz menyebabkan hatinya luluh , seolah-olah kakinya sudah tak mampu berpaksi dibumi lagi.Berjujuran mutiara sehingga terdengar esakkan.Usai sembahyang hafiz serta merta memalingkan badannya.

“Kenapa bang “

“Tak ada apa hafiz”.

Sepantas kilat zulkifli mengesat air mata.”
Sepanjang perjalanan pulang ,zulkifli diam membungkam.Dia teringat detik-detik yang berlaku dirumah hafiz tadi.Seolah-olah ada satu ketukan yang lembut menyentuh hatinya saat ini.Ketenangan yang selama ini dicari ada dirumah itu.

Sunday, May 23, 2010

Berlian ....(bab 2)

“Assalamualaikum…………”

“Waalaikumusalam , masuklah .”

“,Apa khabar dik , umi macam mana dah sihat belum “.

“Macam tu jer bang , tak ada perkembangan terbaru pun,Cuma sekarang dia dah pandai minta makan yang bukan-bukan “.

“Macam mana dia minta? ,”

“Setiap ahad, hafiz akan pangku umi pastu baringkan dia kat sofa .Kepala umi atas peha hafiz.Nak tahu kami buat apa.Tengok cerita yang paling umi suka .Jalan-jalan cari makan “

“Ohhh pengacara dia Serina anak chef wan tu kan “

“Aaa”

“Kalau umi suka apa yang serina makan . Nanti dia tengok jer hafiz, Mula-mula hafiz tak faham juga.Bila Tanya “kenapa umi nak makan tu ker”,Nanti mata umi berkelip. Naklah tu namanya.”

“Habis dapat cari tak apa yang umi nak makan”

“Hafiz suruh mak jah jer masak”

“Pandai ker mak jah masak makanan yang umi nak tu”

“uiiii….jangan main-main chef hotel lima bintang tu bang “

“Bertuah ya ada orang gaji yang boleh buat semuanya”

“Mana umi ?”

“Ada tidur kat dalam bilik tu “

Zulkifli seorang anak muda yang berusia awal 30 bekerja sebagai peguam yang berjaya disebuah firma terkenal Belum berkahwin , punya rumah sendiri. Seorang anak yatim piatu yang sangat berjaya dalam hidupnya.Berkenalan dengan hafiz secara kebetulan.Kerana dia adalah orang yang turut terlibat sama dalam kemalangan di raub yang mengorbankan bapa hafiz dan menyebabkan ibunya lumpuh.Dia simpati dengan nasib hafiz yang ditimpa malang sekelip mata.Mujur saja bapa hafiz ada meninggalkan sedikit harta untuk hafiz meneruskan hidup , Walaupun tidak bekerja kerana menjaga ibunya.Zulkifli rasa bertangungjawab untuk membantu hafiz meneruskan kehidupannya.Dia tak mahu anak tunggal itu merasa keseorangan dan menangung beban seorang diri.

“Kalau hafiz nak pergi mana-mana beritahu abang zul , nanti abang boleh tolong jagakan umi”

“Hafiz tak sangguplah bang nak tinggalkan umi , Masa hafiz kecil dulu , umi tak pernah pun tinggalkan hafiz kalau hafiz sakit”

“Kau memang anak soleh , banyak perkara yang abang belajar dari hafiz”.

Hafiz merenung ke wajah uminya , perlahan-lahan dia membetulkan posisi bantal yang telah beralih dari kedudukannya.Diusap lembut wajah uminya dan dikucupnya dahi wanita itu.Teringat peristiwa suatu masa dulu saat dia engkar dengan arahan uminya,apabila uminya melarang dia keluar pada malam itu .Kering hatinya kerana sanggup menyuruh uminya diam ,kerana dirasakan terlalu bingit dengan leteran .Tapi sekarang dia rindukan leteran itu.

“Umi …bila umi nak panggil nama hafiz lagi “

Mengalir airmata zulkifli saat mendengar bicara hafiz.Dia semakin dihantui rasa bersalah atas peristiwa yang berlaku.Dia faham benar dengan perasaan hafiz sekarang. Dia pernah melalui detik itu seawal umur 18 tahun. Dia pulang membawa berita gembira buat ibu dan ayahnya , dirinya mendapat tempat di sebuah universiti ternama di kanada .Tapi sebaliknya dia turut mendapat berita sedih Ibunya meninggal dunia kerana terkejut dengan berita ayahnya yang terlibat dengan kemalangan .Selang dua hari ayahnya pula pergi.Takdir membatasi segala-galanya tiada apa yang dapat dilakukan melainkan redha.

Demi mengubati hati yang lara zulkifli menerima tawaran ke kanada dan duduk disana hampir 5 tahun..Baru 2 tahun dia pulang ke tanah air.Sekarang dia pula harus melihat hafiz melalui ranjau yang sama macam hidupnya dulu.

“Eh dah azan maghrib ni , jom kita sembahyang bang “

“Sembahyang …”

Friday, May 21, 2010

Berlian ....(bab 1)

Cantiknya bunga itu mesti berlian aku suka ,

Berlian kau suka bunga? ,

Suka sangat ,

Kalau macam tu belikanlah dia bunga.

Siapa nak jaga?

Kenapa ? berlian kau belum sihat ker,

Belum .

Hari ni berlian kau bangun pukul berapa?

Macam biasalah berlian aku selalu bangun lambat.

Tapi pagi tadi dia bangun sekejab pukul 6.30 pagi.

Ohh ….aku tahu kenapa .

Kau tahukan.Berlian kau pulak apa khabar?

Berlian aku sihat, dua-dua sihat , malahan bertambah sihat.

Ia ker.

Kenapa? Kau menyesal dapat berlian tak sihat.

Taklah…..aku Nampak menyesal ker.Tak pernah pun wujud dalam kamus hidup aku perkataan menyesal.

Alhamdulillah aku bangga punya sahabat macam kau.

Afkar , hafiz … cerita pasal apa.

Pasal berlianlah pak man.

Berlian ?

A’aa pasal berlian .
.
Pak man tersenyum melihat dua anak muda yang bercerita pasal berlian.Berlian mereka mahal tak terbeli dengan wang ringgit , bisa disentuh dengan hati tapi tak tercapai oleh tangan. .Hafiz anak muda berusia 20 tahun , berhenti kerja semata-mata ingin menjaga berliannya yang sakit.Berliannya sudah tak mampu berjalan hanya terbaring lesu di tilam yang usang .Makan dan minumnya bersuap.Warnanya pudar langsung tak bercahaya. Hafiz tak pernah mengeluh menjaga berliannya. Kerana dia tahu betapa besarnya pengorbanan berliannya terhadap dirinya.Sudah dua kali dia koma akibat kemalangan berlumba motor.Berliannya tak pernah marah, malahan senyum sentiasa, walaupun kecewa dengan perilaku hafiz yang agak nakal.Sewaktu dia koma berliannya lah yang bersusah payah mencari dana untuk membolehkan dirinya membayar kos perubatan dihospital.Sekarang bila berliannya sudah tak upaya, menjadi tangungjawabnya untuk menjaga dan melayan berlian itu dengan baik.

Pak man tahu pasal fakta berlian tak ?

Apa dia , manalah pak man tahu?

“Berlian ni merupakan satu galian yang paling terkenal , paling mahal dan paling berguna.Berlian terkenal dengan kualiti fizikalnya yang hebat.Terutama kekerasannya dan keupayaannya menyebarkan cahaya.”

Ohhh…jadi tak salahlah kalau hafiz dan afkar panggil yang kat rumah tu berlian.Barulah pak man tahu kenapa .Dia kagum dengan semangat hafiz yang begitu tabah menghadapi hari-harinya.Bukan mudah tanggungjawab yang dipikul oleh anak muda itu.
Perbincangan mereka terhenti disitu saja , kerana hafiz ada tanggungjawab yang belum selesai dirumah .

Salam berlian .Maaf ya tadi hafiz pergi jumpa afkar .Hafiz menyapa berliannya , walaupun dia tahu berliannya sudah tak mampu bersuara.Berkelip mata ruziah memandang anaknya itu. Dia tenang melihat wajah hafiz, walaupun dia tak mampu bersuara tapi dia membalas teguran hafiz dengan kerlipan mata.Dia suka sangat bila hafiz memanggil dirinya berlian .Itu membuatkan dirinya terasa begitu berharga di mata anak tunggalnya itu

Umi ,

Hari ni kita makan bubur ikan bilis ya, Sedap tau hafiz masak sendiri ni. Cuba rasa sikit.

Perlahan-lahan hafiz menyuapkan bubur itu ke bibir uminya. Dilakukannya dengan penuh tertib dan kasih sayang.Selesai makan badan ruziah dilap dengan kain basah. Pakaian ,cadar dan lampin pakai buangnya ditukar , ruziah di bedakkan .Luka-luka dibelakang badannya di bersihkan.

“ha…umi hafiz dah cantik dah hari ni, dah jadi berlian yang berkilau semula”.

Ruziah hanya senyum , ingin dia jeritkan suara hatinya tapi itu tak mungkin dia kehilangan kata semenjak terlibat dengan kemalangan pada awal tahun lalu ,Kereta yang pandu suaminya berlanggar dengan kenderaan lain.Suaminya tak dapat diselamatkan.Dia pula lumpuh separuh badan selepas koma selama seminggu . Sejak dari hari itu hafizlah yang menjaganya.Dia bersyukur di kurniakan seorang anak yang tak pernah mengeluh saat merawat dirinya.Anaknya yang dahulu nakal menjadi seorang yang sangat taat kepada agama dan seorang yang penyabar.Berbeza dengan diri hafiz yang dulu.

Assalamualaikum…………

Thursday, May 20, 2010