Cinta yang hilang
Sunday, June 6, 2010
RENTETAN DAN PENGAJARAN .(SDR)
Dalam kehidupan , kita akan sentiasa diuji.Terpulanglah pada kita untuk menilai ujian itu sebagai apa.Wajib diingati , sesungguhnya allah itu tidak kejam kepada manusia. Rindiani membina kebahagian dengan meninggalkan nota-nota cinta buat orang yang disayangi.Dia berusaha tidak menyakiti mereka dan membuahkan kerisauan dihati mereka.Padanya kematian itu pasti.Dia malah bersyukur , dia dipilih tuhan untuk mengetahui tarikh akhir hayatnya. Sekurang-kurangnya rindiani punya masa untuk kembali kepada pencipta.Dia mula mencari waktu untuk menganti semula semua lukisan-lukisan hidupnya yang pernah dia calarkan.Dia mula mencari ruang dicelahan-celahan lubang kecil untuk menagih kasih dan cinta penciptanya.Sekiranya ini berlaku kepada kita.Ayuhlah kita berusaha punya fikiran macam rindiani yang sentiasa risaukan kebahagian orang yang bakal ditinggalkan kerana dia tahu dan jelas haluannya akan kemana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment