Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Wednesday, July 29, 2020

9 tahun berlalu ..............

Assalamulaikum dah Sembilan tahun berlalu sejak kali terakhir updated blog. Semenjak itu dah macam macam berlaku. Saya dah kahwin. Ada suami yang Alhamdulillah Handsome dan sentiasa menyejukkan...hihihi. Saya dah kurus. Dari 96 kg sekarang tinggal 68 je. Kurus sebab apa x tahulah….mungkin sebab bahagia. Alhamdulillah. Tulis sikit jerlah sekadar nak hidupkan blog yang dah nyawa nyawa ikan ni.💘😍

Saturday, November 26, 2011

Blog lucah.............?????






Assalamualaikum , dah lama saya tak updated blog ini dalam setahun ada kot. Tajuk diatas tu.....gila sikit. Saya ada beberapa pertanyaan kepada ibu bapa .Maaf kalau tersinggung . Anda tak mahu anak anda melihat blog-blog lucah atau yang boleh merosakkan pemikiran anak anda . Tapi disebalik itu . Boleh saya tanya beberapa soalan .

Soalan pertama:
Apa tindakan yang anda lakukan apabila terlihat blog-blog lucah yang sentiasa bertebaran diruang-ruang maya yang sempit?????.

Saya yakin ramai yang menjawab .

" Kalau saya terjumpa blog lucah saya terus tutup dan saya tak akan benarkan anak saya melihat blog tersebut."

Baik sekarang saya mahu tanya soalan kedua.

Soalan kedua :
Bagaimana kalau waktu anda tiada dirumah dan anak anda secara tak sengaja melayari blog lucah dan kemudian berminat. Apa yang bakal anda lakukan?

Saya yakin ramai yang menjawab .

" Saya tak tahu itu berlaku macam mana saya nak ambil tindakan."

Baik , saya bukan nak kondem ibu bapa . Saya faham kemajuan teknologi wajar di pelajari oleh anak-anak yang rata-rata sekarang dahagakan kemahiran IT.Tapi sang ibu dan ayah mesti juga mempunyai kemahiran basic untuk memeriksa apa yang anak anda telah layari.

Caranya. Bila saja anda ada masa terluang anda boleh memeriksa history di computer anda.
Ada yang tak tahu ker....Biar saya beritahu caranya.Caranya ialah , cuba lihat di screen komputer anda di internet explore atau mozilla atau apa saja. Di "Tool bar" ada tertulis history .Klik history dan anda boleh melihat semua link yang anak anda layari pada hari ini atau semalamnya. Sekiranya ada web lucah yang dilayari anak anda .Tolong buka web tersebut dan laporkan di "Report Abuse" .Kalau boleh laporkan berkali-kali. Sebab kalau anda tak lakukan ini . Ini bermaksud kita tak melakukan apa-apa tindakan pun untuk menyelamat maruah anak kita dan maruah bangsa kita. Dan panggil anak anda , suruh dia bertaubat dan yakinkan apa yang dilihat tadi sangat salah.Fikir-fikirkan ya................



Tolonglah bantu dalam membendung perkara ini. Selamatkan anak kita saja tak wajar . Tapi kita mesti usaha untuk selamatkan anak bangsa kita dan seugama kita.Sebab kebanyakkan blog lucah yang saya temui semuanya boleh dikatakan berbahasa melayu dan orang melayu serta orang islam. Kalau Rasulullah S.A.W hidup sekarang mesti dia menangis tengok apa yang kita lakukan sekarang dengan kejatuhan akhlak yang begitu merungsingkan.Tak tahulah apa jadi lagi 10 tahun akan datang kalau ini semua tak dibendung.

Lagi satu saya nak tegur cara ibu bapa memakaikan anak perempuan mereka . Terutamanya anak perempuan yang berumur 8 tahun keatas. Kat rumah pakai seluar pendek , pakai baju tak ada lengan , pakai baju ketat , pakai baju saja tak pakai seluar, berkemban keluar dari bilik air, mandi bogel tanpa segan dirumah.

Baik , tolong betulkan ini semua. Tolong didik anak anda berpakaian yang sepatutnya , bila dirumah ada bapa , abang , pakcik , datuk atau saudara lelaki yang melihat . Tolong ajar mereka malu dengan mereka semua. Kerana dizaman sekarang . Sumbang muhrim sangat membimbangkan. Bila anak perempuan rasa terlalu selesa berpakaian yang kurang sopan dihadapan muhrim mereka . Sedangkan anak tersebut tak tahu pun apa yang lelaki disekeliling mereka fikiran .Maka maruah mereka sangat bahaya dan bila-bila masa akan berkecai.Tolong fikirkan.....

Lagi satu Bagi ibu bapa yang punya adik beradik ramai . Bila balik kampung tolong pastikan yang anak dara anda.Ada tempat yang baik dan selamat untuk tidur. Janganlah biarkan anak dara anda.Berdedai tidur kat luar dengan sepupu lelaki atau pakcik-pakcik lelaki yang tak tahu apa yang akan lakukan waktu anda sedang nyenyak tiduk. Tolonglah fikir jahat dulu. Janganlah terlalu percaya pada sesiapa dengan mudah jika ia berkaitan perihal ini . Kalau tak cukup bilik suruh suami anda tidur diluar. Berkorban satu atau dua hari lebih baik dari terpaks berkorban selamanya.

Mungkin anda rasakan apa yang saya katakan ini tak serius . Tapi ini berlaku dikalangan orang sekeliling kita. Dan ini memberi tekanan hidup kepada mangsa selama hidup mereka. Kalau tak mencegah , apabila dah terjadi nak menyesal pun tak guna.

Ibu , ayah.......................mohon fikirkan.



Berselawatlah selalu.............

Wednesday, May 18, 2011

Mengigil saat meniti Siratulmustaqim...

Ini gambar titi di sungai kampar perak. Sudah pasti Titian Siratulmustaqim beribu kali lebih hebat dari ini. Allahuakbar 3x .





As salam ,

Pernah tak baca pasal siratulmustaqim...Kata sesetengah kitab halusnya titian siratulmustaqim itu umpama rambut yang dibelah tujuh. Boleh tak bayangkan kalau rambut kita ni dibelah tujuh.Kalau mampu membayangkan .Cuba fikirkan betapa jantung kita terbang melayang saat melihat titi yang mungkin langsung tak kelihatan tu kerana terlalu halus.Sebenarnya apa yang saya nak ceritakan disini, bukan semata-mata pasal titian siratulmustaqim .Tapi lebih luas dari itu.

Saya melihat ramai orang zaman sekarang yang sering menyebut kembali apa-apa ibadah atau kebajikan yang telah dilakukan buat seseorang.

Contohnya " Agaknya si pulan ni lupa , masa dia susah dulu aku yang tolong dia.Sekarang sombongnya bukan main." Apa pendapat anda kalau statement begini keluar dari mulut seseorang yang anda kenal.Mungkin anda akan cakap. " Betullah dia tu tak sedar dek untung ." Tapi cuba anda fikirkan kembali , apa pendapat malaikat yang mencatat kebajikan saat mendengarkan kata-kata itu dilafazkan.
Mungkin dia akan cakap. " Nampaknya si Pulan sudah tidak ikhlas dengan pertolongannya dulu . Maka dengan secara automatiknya , pahala untuk pertolongan yang diberi itu terpadam dengan serta merta.Lalu susah payah dan kerigat yang mengalir sewaktu menolong sipulan jadi sia-sia belaka. Itulah selalu mulut ini memang payah nak dijaga. Apa yang keluar dari mulut kita kadang kala kita rasa itu untuk kebaikan tetapi akhirnya kita sudah mengaibkan orang lain .ERmmmmmmm.....cuba fikirkan. Dan selalu kerana mulutlah agaknya kita payah untuk meniti siratulmustaqim Allah. Kebajikan yang dibuat dicanang sana sini. Kemudian menuduh orang tak mengenal budi dan akhirnya semua itu menyebabkan kita yang rugi. Saya faham kadang-kala kita rasa sakit hati apabila pertolongan kita tak dihargai. Tapi cuba fikir, kalau kita merasa sakit hati apabila pertolongan kita tak dihargainya jadi ikhlas ker tidak pertolongan kita tu. Cuba fikirkan...........ermmmmmm...ker terlalu dalam ....atau tak faham. Kalau orang buat apa-apa istighar jerlah .Bukan saya cakap saya baik. Apa yang saya tulis ini lebih kepada peringatan untuk diri saya sebenarnya tidak berniat menuju kesiapa-siapa pun.Ikhlas boleh dilafazkan dengan mudah tapi keikhlas memang susah nak dipertahankan. Ini bagi yang mengerti bagi yang tidak. Fikir-fikirkanlah.Cukup segala amalan dan segala tuntuan ibadah dilakukan . Pasti titian akhir itu mudah untuk dilalui. Siapa yang tahu ini benar atau tidak. Saya tak tahu...tapi ALLAH Maha tahu.......................

Tuesday, April 5, 2011

Bila rentak tak setanding detak





Cuba tengok you tube kat atas ni.....sejuk perut ibu mengandung.



Assalamualaikum ,


Lamanya cik nisa tak tulis entry kan.Sabtu yang lepas cik nisa pergi ke kursus parenting kat New York Hotel. Sungguh marvelous...walaupun cik nisa belum berkahwin dan agak susah untuk mengadaptasikan isi kursus kedalam hidup .Tapi cik nisa dah nampak hala tujuan mendidik anak sekiranya kelak cik nisa dikurniakan cahayamata.Kat sini cik nisa kongsikan sikit isi-isinya.

1- Anak adalah amanah Allah yang diutuskan kepada kita untuk dijaga.

2-Perilaku ibu semasa mengandung boleh mencerminkan perilaku anak kelak.

3-Janin sudah mampu mendengar ketika diusia 4 bulan dalam kandungan.Termasuk suara hati ibunya .

4-Seorang ibu yang sewaktu dia mengandung suka mengaji dan berzikir akan melahirkan anak yang tenang hatinya.

5-Sekiranya kita memarahi anak kita , cuba fikirkan kembali adakah pemikiran anak-anak kita sama dengan kita.

6-Setiap hari sebelum ke tempat kerja. Dakap anak anda sehingga terasa degup jantungnya. Kasih sayang yang mengalir akan melahirkan rasa hormat seorang anak kepada ibu dan bapanya.( Tapi batas harus terjaga dengan anak perempuan atau lelaki dewasa).

7-Jangan sesekali membezakan anak-anak . Kerana setiap anak ada keistimewaannya sendiri.

8-Setiap kali anak buat kesalahan. Terangkan yang apa yang dilakukan itu adalah tidak boleh diterima dan dia mesti memperbaiki kelakuannya.

9-Setiap kali anak buat sesuatu yang baik berikanlah pujian dan dakapan.

10-Jangan sesekali bertengkar didepan anak.Cuba kawal perasaan sekiranya pasangan anda melakukan sesuatu kesalahan.


" Susahnya jadi budak kecil.......3x" hihihihihi.....selamat beramal.

Monday, February 7, 2011

Melompat dari satu awan ke satu awan....

cantik kan gambar awan kat atas ni.....damai jer rasanya...


As salam ,

Selamat tahun baru cina hahahaha....sedap sangat cuti sampai malas pulak rasanya nak naik kerja balik. Hakikat kehidupan manusia yang selalu tak pernah puas dengan kehidupannya contohnya macam saya ni.Dulu masa tak ada kerja , macam orang gila pergi cari kerja. Pergi temuduga kat pejabat tu .Kejab pergi pejabat ini. Sampai orang offer kerja apa pun saya nak sapu jer. Tapi nasib baik Arwah bapak saya dulu , dia selalu tapis tawaran kerja yang saya dapat.Sehinggalah saya temuduga kat satu kilang ni untuk jawatan "General Clerk " dan akhirnya dapat dan bapak luluskan untuk kerja. Walaupun pekerjaan ini sangat jauh dari apa yang saya belajar , tapi saya tak kisah .Apa yang saya dapat saya belasah jer , yang paling penting pada masa tu saya kerja. Gaji permulaan saya hanyalah RM 700 jer. Ramai orang kata , gaji tu terlalu sikit untuk kelulusan saya . Tapi saya tak kisah . Dan saya sangat bersyukur sebab pada waktu itu , ramai yang tak ada kerja .Ni nak cerita pasal melompat dari satu awan ke satu awan .Dalam tempoh setahun saya bekerja , saya melompat dari satu jawatan ke satu jawatan dengan cepatnya. Setengah tahun lepas kerja saya melompat ke jawatan Asst dept. dan kemudian ke purchasing officer dan dua tahun kemudian ke purchasing executive sampai sekarang saya sudah bekerja di syarikat ini hampir 11 tahun....cuba teka umur saya berapa.Hahahaha.....Sebenarnya bukannya saya bertujuan untuk berbangga dengan jawatan saya.Tapi saya nak bercerita betapa hebatnya kuasa sabar dan setia sehingga anda rupanya sudah melompat dari satu awan ke satu awan dengan tanpa sedar.

Ayuh...pejamkan mata bayangkan kesusahan masa lalu untuk semangat bekerja pada hari ini...huhhhhhh....Sekarang ni aku malas pulak nak kerja dan bermacam-macam alasan yang keluar dari kepala ni ya. Ayuh...singkirkan semua.Kerja....kerja....kerja....

Tuesday, January 25, 2011

Rehat bila sudah disyurga...

As salam ,

Uikkkk lama dah tak updated blog kesayangan...Karya yang tertangguh pun lama dah tak sambung. Alamak nak buat macam mana...sekarang ni sibuk gila...gila-gila punya sibuk ( Alasan paling clise seorang penulis e-novel...hahahahaha...).Kalau dulu , masa adik aku tidur bolehlah aku mula menulis , kalau hari sabtu tu .Boleh cecah sampai ke jam 2 atau 3 pagi. Tapi sekarang ni sejak mak dah tidur sama aku . Aku rasa malas pulak nak stay sampai lewat pagi. Al-maklumlah dah lama tak tidur sama mak ,sejak dah besar ni. Bila dapat peluang ni aku pun tak mahulah lepaskan peluang bermanja lagi dengan mak .Hihihihi... walaupun dah tua . Peduli apa aku.Sekarang paling lewat pukul 10 malam aku dah tidur dah. Disebabkan aku dah tidur , adik aku dah tidur.Maka mak aku pun akan ikut tidur. Pagi-pagi masih nak sambung tidur. Kami belajar hidup tanpa arwah ayah. Walaupun hakikatnya aku sedih sangat sebab , hajat nak suruh arwah abah jadi wali nikah aku berkubur bersama jasadnya.Aku selalu gaduh-gaduh manja dengan abah aku. Dan bila aku kenang-kenang balik peristiwa dulu. Baru aku perasan abah selalu pujuk aku .Kalau dia terperasan yang aku ni merajuk. Nanti ada jer , dia ajak aku keluar makanlah . Bagi duitlah( aku paling suka ni)...alamak menitik pulak airmata ni bila terkenang.Dan kebelakangan ini banyak pulak kehilangan yang aku rasai. Seminggu lepas abah pulang. Adik kepada soulmateku pulang ke rahmatullah. Adik fizah masih muda baru berumur 25 tahun. Tak lama kemudian kak siti zaleha saipan.Pulang kerahmatullah meninggalkan lima anaknya. Paling kecil umur 2 tahun.Lepas tu jiran aku yang merangkap bapa dan ibu mertua kepada kawan university aku dulu.Bapa mertuanya meninggal pada bulan puasa kelmarin dan ibu mertuanya baru-baru ni. Yang terbaru kawan tempat aku mencurah perasaan suka dan duka.Yang sering aku anggap bagai adik sendiri (Wan Hasni) .Wan hasni ni dah dekat setahun lebih berjuang melawan kanser setelah keseluruhan rahim dan usus besarnya dibuang.Sudah melalui 6 kali kemo yang sehingga kadang kala ibunya menangis kerana dia sudah tidak mahu menjalani rawatan kemo lagi.Wan , akak sayang wan.Semoga setiap usaha yang wan lakukan untuk mempertahankan iman , islam dan ihsan akan menjadi titi buat dirimu menuju kesyurga ya sayang. Hari ini pemergianmu mengadap ilahi menginsafkan dan melunturkan hati akak .Teringat satu kata-kata yang pernah akak baca sebelum ini. Penatlah dulu didunia. Kalau mahu berehat , nanti saja disyurga.... Subhanaallah... Allahuakbar.


Gambar ini diambil oleh tunang wan kerana terpukau melihat wajahnya tenang sewaktu sedang solat.Wan yang bercermin mata .Kelihatan sangat cantik dan hati ini mengamit rindu apabila berkali-kali melihat gambar ini. Semoga kamu tenang disana.
Wan bertunang selepas menjalani pembedahan membuang satu kantung ovari yang rosak akibat kanser.Semoga Wiri sabar dan tabah menghadapi dugaan yang Allah pilih buat dirimu. Wan selamat menuju kedunia yang abadi...Selamat pulang sayang ke ruangan tanpa udara .Selamat pulang kerahmatullah.Selamat pulang kesisi Allah.

Wan hasni muda baru 26 tahun , Adik fizah 25 tahun , kak siti zaleha 37 tahun. Siapa kata orang tua mati dulu. Orang muda bersiaplah untuk penat didunia. Nanti saja rehatnya bila sudah disyurga.

Anda boleh membaca kisahnya disini .
http://hasnicaliph.blogspot.com/

Friday, December 24, 2010

Rebah di pintu syurga....



As salam , rebah dipintu syurga berada di Penaberuratdarah.blogspot.com.Bab 1 baru dipublish sebentar tadi. Karya terbaru setelah berehat lama...Masih memperbaiki karya dan terus memperbaiki....insyaallah...

Tuesday, December 14, 2010

Setiap detik itu mutiara.......(Rebah dipintu syurga)

Alhamdulillah ....akhirnya kebenaran terbukti .Setelah berminggu-minggu cuba membuktikan kebenaran . Akhirnya semuanya terbukti. Orang yang berjuang atas kebenaran pasti akan mendapat kemenangan .

Insyaallah karya " Rebah dipintu syurga " akan muncul tak lama lagi......

Thursday, December 9, 2010

Lara Jiwaku.............(REBAH DIPINTU SYURGA)



As salam ,

Lama tak updated blog.....hari ini aku sangat kecewa .Apabila mendapat berita yang salah seorang adikku akan melangsungkan hari bahagia. Bahagia kerana kalau itu jodohnya aku sangat bahagia. Tetapi sedih bila aku orang yang terakhir tahu .Walaupun duduk satu rumah.Dan aku tahu dari orang lain bukan mulutnya. Kekecewaan yang dirasa umpama cairnya ais digurun sahara. Tapi tak per.....Allah menduga kerana dia sayang dan aku mampu untuk menanggung. Kalau dia tidak memerlukan aku lagi dalam hidupnya .Maka aku redha ianya berlaku.Dan selama aku hidup , aku akan terus membantu. Kerana itu janji yang aku lafaz di depan kubur abah. Biarlah aku sakit . Jangan orang lain sakit. Ya Allah , aku maafkan sesiapa saja yang merobek hatiku saat ini atau dikemudian hari nanti. Hanya engkaulah Ya Allah yang mampu mengubat lara dihati ini.Amin.........

Insyaallah karya " Rebah dipintu Syurga " akan muncul tak lama nanti.

Sunday, November 14, 2010

Tuhan berikanlah aku cinta-Ayu Shita


(ost ketika cinta bertasbih)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta