Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Saturday, November 26, 2011

Blog lucah.............?????






Assalamualaikum , dah lama saya tak updated blog ini dalam setahun ada kot. Tajuk diatas tu.....gila sikit. Saya ada beberapa pertanyaan kepada ibu bapa .Maaf kalau tersinggung . Anda tak mahu anak anda melihat blog-blog lucah atau yang boleh merosakkan pemikiran anak anda . Tapi disebalik itu . Boleh saya tanya beberapa soalan .

Soalan pertama:
Apa tindakan yang anda lakukan apabila terlihat blog-blog lucah yang sentiasa bertebaran diruang-ruang maya yang sempit?????.

Saya yakin ramai yang menjawab .

" Kalau saya terjumpa blog lucah saya terus tutup dan saya tak akan benarkan anak saya melihat blog tersebut."

Baik sekarang saya mahu tanya soalan kedua.

Soalan kedua :
Bagaimana kalau waktu anda tiada dirumah dan anak anda secara tak sengaja melayari blog lucah dan kemudian berminat. Apa yang bakal anda lakukan?

Saya yakin ramai yang menjawab .

" Saya tak tahu itu berlaku macam mana saya nak ambil tindakan."

Baik , saya bukan nak kondem ibu bapa . Saya faham kemajuan teknologi wajar di pelajari oleh anak-anak yang rata-rata sekarang dahagakan kemahiran IT.Tapi sang ibu dan ayah mesti juga mempunyai kemahiran basic untuk memeriksa apa yang anak anda telah layari.

Caranya. Bila saja anda ada masa terluang anda boleh memeriksa history di computer anda.
Ada yang tak tahu ker....Biar saya beritahu caranya.Caranya ialah , cuba lihat di screen komputer anda di internet explore atau mozilla atau apa saja. Di "Tool bar" ada tertulis history .Klik history dan anda boleh melihat semua link yang anak anda layari pada hari ini atau semalamnya. Sekiranya ada web lucah yang dilayari anak anda .Tolong buka web tersebut dan laporkan di "Report Abuse" .Kalau boleh laporkan berkali-kali. Sebab kalau anda tak lakukan ini . Ini bermaksud kita tak melakukan apa-apa tindakan pun untuk menyelamat maruah anak kita dan maruah bangsa kita. Dan panggil anak anda , suruh dia bertaubat dan yakinkan apa yang dilihat tadi sangat salah.Fikir-fikirkan ya................



Tolonglah bantu dalam membendung perkara ini. Selamatkan anak kita saja tak wajar . Tapi kita mesti usaha untuk selamatkan anak bangsa kita dan seugama kita.Sebab kebanyakkan blog lucah yang saya temui semuanya boleh dikatakan berbahasa melayu dan orang melayu serta orang islam. Kalau Rasulullah S.A.W hidup sekarang mesti dia menangis tengok apa yang kita lakukan sekarang dengan kejatuhan akhlak yang begitu merungsingkan.Tak tahulah apa jadi lagi 10 tahun akan datang kalau ini semua tak dibendung.

Lagi satu saya nak tegur cara ibu bapa memakaikan anak perempuan mereka . Terutamanya anak perempuan yang berumur 8 tahun keatas. Kat rumah pakai seluar pendek , pakai baju tak ada lengan , pakai baju ketat , pakai baju saja tak pakai seluar, berkemban keluar dari bilik air, mandi bogel tanpa segan dirumah.

Baik , tolong betulkan ini semua. Tolong didik anak anda berpakaian yang sepatutnya , bila dirumah ada bapa , abang , pakcik , datuk atau saudara lelaki yang melihat . Tolong ajar mereka malu dengan mereka semua. Kerana dizaman sekarang . Sumbang muhrim sangat membimbangkan. Bila anak perempuan rasa terlalu selesa berpakaian yang kurang sopan dihadapan muhrim mereka . Sedangkan anak tersebut tak tahu pun apa yang lelaki disekeliling mereka fikiran .Maka maruah mereka sangat bahaya dan bila-bila masa akan berkecai.Tolong fikirkan.....

Lagi satu Bagi ibu bapa yang punya adik beradik ramai . Bila balik kampung tolong pastikan yang anak dara anda.Ada tempat yang baik dan selamat untuk tidur. Janganlah biarkan anak dara anda.Berdedai tidur kat luar dengan sepupu lelaki atau pakcik-pakcik lelaki yang tak tahu apa yang akan lakukan waktu anda sedang nyenyak tiduk. Tolonglah fikir jahat dulu. Janganlah terlalu percaya pada sesiapa dengan mudah jika ia berkaitan perihal ini . Kalau tak cukup bilik suruh suami anda tidur diluar. Berkorban satu atau dua hari lebih baik dari terpaks berkorban selamanya.

Mungkin anda rasakan apa yang saya katakan ini tak serius . Tapi ini berlaku dikalangan orang sekeliling kita. Dan ini memberi tekanan hidup kepada mangsa selama hidup mereka. Kalau tak mencegah , apabila dah terjadi nak menyesal pun tak guna.

Ibu , ayah.......................mohon fikirkan.



Berselawatlah selalu.............

No comments: