Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, October 15, 2010

Pulangnya ayah yang disayangi ke rahmatullah...

Assw ,

Agak lama juga saya tak update blog . Sabtu yang lepas ayah yang sangat saya sayangi dan sanjungi telah pulang kerahmatullah setelah diserang sakit jantung secara tiba-tiba.Satu kejutan buat keluarga saya.Pagi khamis ayah kelihatan sihat .Siap menebang pokok lagi . Malamnya jam 11.30 malam .Ayah mengadu sakit dada dan basah bajunya kerana berpeluh-peluh.Saya bawa keklinik kemudian doktor suruh bawa ke hospital.Kata doktor siptomnya menunjukkan dia terkena serangan jantung. Tanpa lengah saya dan mak bawa ayah ke hospital dan ayah dimasukkan ke CCU. Beberapa kali doktor panggil .Suruh kami bersedia kerana kata doktor keadaannya sangat kritikal.Mendengar itu saya telefon semua adik beradik termasuk kakak di Pahang suruh pulang ke jb secepat mungkin. Abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.32 pagi hari sabtu.Apa lagi yang saya boleh katakan .Sememangnya dia hanya pinjaman buat kami .Dan saat Allah mahukannya semula dia berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa.Al-fatihah buat abah (Allahyarham Hj Che Hassan Bin Hj Che Omar).

6 comments:

FaizalSulaiman said...

salam takziahh kak.

semoga akak sabar dan tabah menghadapi dugaan ni ya.

shahirahkhairudin said...

Innalillah..
Al Fatihah untuk arwah.. semoga ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman..

Faz Nandra said...

salam takziah kak nisa.. moga rohnya dicucuri rahmat....

Tihara said...

Al Fatihah untuk nya

ieda said...

salam takziah drp saya...moga sabar dgn ujian ini.moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman di sisiNya.

Kelly Chantek said...

salam takziah dari saya.
mungkin agak lambat, sebab baru terbaca posting ni.

AlFatihah utk arwah bapa saudari. Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan org2 yg beriman InsyaAllah.

segalanya hanya pinjaman dariNya.