Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Monday, July 5, 2010

21 Hari misi mencari Rumi (episod 2)



Sudah tiga hari nandra bekerja di bawah syarikat RANTAI , UNGKAI SIMPUL SDN BHD. Iklan yang dihantar sudah mula mendapat jawapan.Hari ini saja sudah lebih kurang 20 pucuk surat jawapan yang diterimanya.Itu belum lagi yang diberada dalam simpanan messi .Sebelum menghantar iklan ke syarikat suratkhabar sowti secara tiba-tiba telah membuat beberapa perubahan didalam info yang diberi.Anjang Khalid telah diminta untuk berutus surat saja kepada mereka beralamatkan syarikat sowti Sesiapa saja yang mengaku Anjang Khalid mesti mengirim bersama sebuah sajak yang berkaitan dengan diri mereka.

“ Hey Teting , nah ambik ni.” Messi mencampakkan sebungkus besar plastik sampah yang terisi lebih kurang 100 pucuk surat kearah nandra.Hampir saja terkena kepalanya.

“Ermm…Encik Messi , Nak buat apa dengan bungkusan ini.”Berkerut wajah nandra saat melihat bungkusan tersebut.

“Teting , tak kan itu pun aku nak cakap .Kerja kau buka surat tu .Mana yang tak ada sajak .Buangkan saja.Faham tak , ker kau nak suruh aku eja satu-persatu arahan itu.” Messi terus berlalu dari situ.Sowti memandang saja dari dalam biliknya. Tidak lama kemudian kelihatan Messi memasuki bilik sowti dan keluar dengan wajah masam.

“Sana sikit aku nak duduk ni.” Messi sudah menarik sebuah kerusi tambahan untuk duduk disebelah nandra. Bertambah binggung nandra dengan perangai messi.

“Ish…sicelup ni , tadi berlagak sangat.Sekarang nak duduk sini pulak.”Nandra memanggil Messi sicelup kerana wajahnya yang ala-ala lelaki Itali .Berhidung mancung .Kulit tidak terlalu cerah .Ala-ala Asraf Sinclair yang berkulit melayu.Berbeza benar dengan wajah neneknya yang sedikit ketimuran .Walaupun kelihatan ketimuran . Nekti tidak bertudung dan berambut blonde .Penampilannya itu sering menarik perhatian sesiapa saja yang memandang , kerana kecantikkannya yang terserlah .Walaupun sudah berusia dalam lingkungan 50 tahun .Penampilannya yang sentiasa bergaya dan menjaga tubuh membuatkan dia seolah-olah berusia di akhir 30 tahun.

“Kenapa nak duduk sini pulak??.” Keras bunyi percakapan nandra sambil menjeling kearah Messi.

“Ishhhhh….Orang nak tolong banyak songel pulak . Kalau tak kerana nenek aku ,tak kuasa aku nak duduk sini tau .Wek….”Pantas messi membuka karung plastik yang dibalingnya kepada nandra tadi.Dikeluarkan satu-persatu surat yang ada. Sementara nandra masih terpaku ditempat duduknya. Pelik dengan peragai Messi yang tiba-tiba rajin tak tentu pasal.Satu persatu surat dikeluarkan dari sampul dan disusun cantik didalam sebuah bakul.Nandra yang sedari tadi masih pegun , kagum dengan cara Messi melakukan kerjanya .Sunguh teratur dan tak nampak walau sedikit pun sampah dilantai pejabat,semuanya tersusun dengan baik.

“ Nah , aku dah buat kerja aku .Sekarang kerja kau , baca semua surat ini dan asingkan yang mana yang tak punya sajak dan yang merepek.Faham tak .Ohh... ya nekti suruh kau habiskan malam ini jugak.”Messi bangun dari tempat duduknya dan berjalan masuk ke biliknya.Muncung anita Sarawak telah pun kelihatan diwajah nandra.Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang tak mungkin dia mampu membaca habis semua surat didalam bakul itu seorang diri.

“Eleh…sicelup ni , kalau setakat buka surat aku pun pandai. Argggggghhhhhhhhhh….geramnya , baru janji dengan tasnim semalam nak balik awal hari ini .”Nandra mengeluarkan telefon bimbitnya.Pantas dia menghantar sms kepada Kakchiknya itu.

"Uhhhh tak habis-habis kerja , menyesal aku suruh dia terima tawaran kerja ni dulu.Kalau tidak hari ini bolehlah dia teman aku pergi parti Tupperware kat umah kak Siah."Tasnim merungut sendiri selepas membaca sms yang diterima dari Nandra .

'Kakchik rancangan hari ini cancel , sicelup tu tak kasi balik awal.Kena habiskan baca surat.'

********

Dari tadi kedengaran suara seorang perempuan tidak berhenti-henti ketawa.Messi yang sedang berehat dipejabatnya keluar menjenguk .Kelihatan Nandra sedang tertunduk-tunduk menahan gelaknya yang sekejab kuat sekejab perlahan.'Apa sajalah yang dilakukan teting ini bising betul , mentang-mentang nenek aku tak ada kat pejabat’.Berkerut dahi Messi melihat gelagat nandra yang kadang kala dirasakan lucu juga.

“ Ni kerja ker atau bersuka ria.”Messi menegur nandra yang masih tidak sedar kehadirannya.

“Tak adalah encik Messi cuba baca surat ini . Lucu gila , ada jugak orang tulis surat macam ini ya.Hahahahaha….”Nandra menghulurkan sekeping surat yang dirasakan lucu padanya.

Kepada Kesayanganku Sowtiyah ,

Dua tiga kucing berlari ,

Manakan sama si kucing parsi,

Dua tiga boleh kugalang.

Mana nak sama sowtiyah yang bertahta dihati.

Owti dah lama abang cari owti.Sekarang abang dah ada tiga bini.Abang sengaja simpan satu tempat untuk owti.Memandangkan kita dah berjumpa ini.Bolehlah cepat-cepat kita merancang untuk berumah tangga.

Yang Benar ,

Anjang Khalidi.

Tersenyum Messi membaca surat itu , memang lucu .Tapi sengaja dia menahan ketawanya didepan Nandra.Ada ke patut neneknya mahu dijadikan isteri keempat.Lagipun dari nama saja sudah jelas ini bukan orangnya ada pulak penambahan huruf I di belakang Khalid.

“Tak lucu pun , sambung kerja tu .Ada setengah bakul lagi .Pukul berapa nak habis kalau asyik gelak jer.”Messi menjeling kearah nandra.Serta merta nandra diam dan mencemekkan wajahnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam.Usai solat maghrib nandra menyambung semula tugasnya membaca surat-surat yang ditujukan buat sowti.Ada pelbagai jenis versi dan kata-kata percintaan yang tak pernah didengar. Sowti entah kemana sedari tadi belum lagi masuk kepejabat. Messi sudah berdengkur di pejabatnya.Siti sudah pulang. Takut juga dia hanya berdua saja dengan Messi di pejabat itu.Kang tak pasal-pasal ada pulak episod artis kena tangkap basah dalam pejabat ini.Tidak lama selepas itu terdengar suatu suara.

“Eh nandra dah malam tak balik lagi ke?.”Terkejut nandra disapa sowti.

“Belum , kan puan suruh tapis balik semua surat-surat ini.”nandra memandang sowti yang baru saja pulang entah dari mana. Dengan pakaian yang bergemerlapan kalah baju kak ziana zain bila nak pergi Grammy Award.

“Messi mana?.Kenapa dia tak tolong sekali.Saya dah pesan dengan dia suruh tolong awak.”Sambil mata sowti liar memandang kekiri dan kanan mencari cucunya.

“Si celup tu dah tidur, siap berdengkur lagi.Dia tolong buka surat je.Pemalas betul.Eh…maaf puan.Dia ada dalam bilik tu”Nandra merungut kuat kemudian tersipu malu setelah menyedari bahawa yang berada didepannya ialah nenek kepada Messi.

“Hahahaha…Messi buli awak ya , sudah pergi balik.”Sambil menepuk lembut bahu nandra , sowti mengarahkan anak gadis itu cepat-cepat pulang kerumah.

“Erk …puan saya tidur sini jerlah. Saya ada bawa baju ganti .Dalam beg saya ni semuanya ada.Daripada benda kecil sampai ke besar.Persediaan kalau ada apa-apa.”Nandra meminta izin untuk bermalam dipejabat kerana bas untuk kerumahnya sudah pun menamatkan perkhidmatan pada setiap jam 9.00 mlm.

“Eh…janganlah , saya suruh messi hantar awak balik.Tunggu disitu.”Sambil sowti berjalan ke arah bilik Messi.

“ Haih…anak bujang ini , muka saja kacak .Tapi kalau tidur satu alam boleh dengar dengkurnya.”Sowti mengeluh sendiri saat melihat satu-satu cucunya itu yang sedang tidur di pejabat dengan dengkuran yang kuat .”Messi bangun , kenapa tidur kat sini.Bangun hantar nandra balik”

“Erm…kenapa pulak mes kena hantar siteting tu balik .Biarlah dia balik sendiri.”Messi menjawab sambil mata masih terpejam.

“Eh , messi tak kesian ke.Tengok orang perempuan kena jalan malam-malam ini .Seorang diri , nanti ada orang jahat culik nandra. Hah... macam mana.”Sowti tahu kelemahan cucu kesayangannya itu.Pantang tengok orang perempuan kesusahan.Walaupun cucunya itu selalu bertekak dengan nandra.Tapi cucunya itu memang tak boleh melihat perempuan kesusahan.Persahabatan messi dan zeffi juga berlangsung begitu.Zeffi yang sering mengadu punya penyakit usus , telah menyebabkan Messi kesian dengan dirinya. Zeffi tak kira samaada Messi benar-benar menyayanginya atau tidak . Tapi yang paling penting dia mesti mendapatkan cinta Messi.

“Okeylah , Mes hantar .Nenek cakap dengan si teting tu suruh siap-siap.Nanti Mes tahu dia dah ada kat sebelah kereta. Nenek ikut sekali tak?.”

“Taklah nenek nak balik rumah , penat sangat rasanya hari ini.”

“ Okey .” lemah messi melangkah .Sambil mengajak Nandra mengunakan lirikan matanya.

“Rumah kat mana , nanti dah sampai cakap ya.”Baik pula Messi malam tu . Mungkin sudah tak kuasa untuk bergurau senda dimalam-malam buta begini.


********

Tak berkelip mata Messi saat melihat 4 orang adik nandra yang masih kecil berlari-lari mendapatkan kakaknya yang baru pulang dari kerja.Rumah yang kecil dan hanya berlampukan lampu minyak tanah itu kelihatan meriah .Walaupun sudah jam 10.00 malam.

"Tutup mulut tu celup anak ronaldo , kang masuk lalat." Nandra dengan selamba menepuk pipi Messi yang masih pegun di tempat duduknya.

"Aduh...sakitlah, suka-suka jer tepuk pipi orang.Ramainya budak kecik."Messi mengusap pipinya sambil matanya memandang ke arah . Azraf atuya , Azwin atuya , Sobri atuya dan seorang lagi budak yang sibuk mencari seliparnya untuk pergi mendapatkan nandra.

"Yang dua sama besar tu kembar Azraf dan azwin atuya .Yang baju kuning tu Sobri atuya dan yang kecik sekali tu saf...saf...apa nama adik aku sorang ni eik lupa pulak."

"Safiatuladli atuyalah kak ." Sobri menyampuk perbualan nandra dan Messi .

"Uishhh...orang tua bercakap jangan menyampuk ."Nandra menjeling sobri.

"Ingatkan saf apa tadi , nasib baik safi...safi apa tadi."Messi berusaha untuk mengulang semula nama adik bungsu nandra itu.

"Tak payah nak ulang-ulang , lempang kang ...bukannya cik celup...eh cik Messi nak jadi laki saya pun .Jadi tak payahlah sibuk-sibuk nak menghafal nama adik-adik saya ni.wekkk....."Nandra bingkas turun dari kereta mendapatkan adik-adiknya."Terima kasih cik celup.Jumpa esok ya."Sambil melambaikan tangannya yang sudah pun sibuk mahu mendukung safiatuladli.

"Ish...dia ni betul-betullah , dahlah tu hari panggil bapak aku ronaldo sekarang si celup. Nantilah kau."Messi terus memecut keretanya keluar dari persimpangan rumah nandra.Dia tidak menoleh kebelakang lagi.Geram barangkali dengan Nandra yang sering mengusiknya.


********

Tidak putus senyuman dari bibir Nandra sebaik saja keluar dari bilik Sowti pagi tu .Entah kenapa secara tiba-tiba sowti menaikkan gajinya dari Rm 1500.00 kepada Rm 2000.00. Messi yang sudah tahu perkara yang bakal berlaku hanya tersenyum.Dia gembira neneknya menerima cadangannya supaya menaikkan gaji nandra lagi 500 ringgit kerana kesusahan keluarga nandra dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Selepas pulang menghantar nandra semalam dia termenung sendirian dibiliknya.Memikirkan bagaimanakah cara yang terbaik dapat dia lakukan untuk membantu nandra yang punya ramai adik beradik , rumah hanya berlampukan pelita minyak tanah dan kelihatan sangat usang. Dia rela neneknya menolak 500 ringgit dari wang gajinya kerana tak sampai hati dengan keadaan nandra itu.

" Apa senyum-senyum , sambung baca surat tu .Ada sebakul lagi kat dalam bilik."

"Mana ada lagi encik messi , saya dah buka semuanya .Selepas ditapis ada 30 saja yang boleh dipercayai surat dari anjang khalid yang lain saya dah buang dah."Sambil nandra menunjuk kepada 30 helai surat yang sudah letakkan di dalam fail kertas diatas mejanya.

"Teting , tapis sampai jadi 21 jer .Kita cuma ada masa banyak tu untuk cari anjang khalid."Messi memberi arahan sambil menyelak 30 helai surat yang telah disusun nandra.

"Ha.. yang ni buang jer. Eja nama pun salah .Kita cari anjang khalid , bukan enjang khalid."Serta merta messi mengeluarkan surat tersebut dari fail dan membuangnya ke tepi.

"Tapi...sajaknya sedap.Mana tahu kalau dia tersalah tulis nama."Segera nandra kutip semula surat yang dibuang messi tadi.

"Tak ada tapi , tapi."Terus messi berlalu pergi bersama 29 helai surat yang lain.

Nandra menyimpan surat itu dilacinya .Biarpun Messi tak suka dia tertarik dengan sajak yang bertajuk Sonata Rahsia.Dari sajak ini saja dia sudah tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penyajak didalam bait-bait puisi ini.

"Agaknya penyajak ni ,putus cinta atau kekasih meninggal dunia.Ishhh...pandai-pandai jer aku.Berdasarkan dari alamat ini .Dekat dengan kampung aku ni.Nantilah kalau ada kesempatan aku nak cari penyajak ni.Siapa tahu dia nak bercerita kisah-kisah lama dengan aku." Sajak Sonata Rahsia di simpan elok-elok didalam bukunya.Nandra sangat berharap suatu hari nanti dia akan bertemu dengan tuan empunya sajak .

Judul: Sonata Rahsia

Entah kenapa...
Malam-malamku dilingkari ayat-ayat berjiwa
Ilhamnya hadir, pinta untuk dipuisikan seindah rasa
Manis untuk dibaca, tawar untuk dinukilkan bait-baitnya
Keliru aku sendiri dalam melankolik kata yang dicipta
Lemah dek sastera, longlai dek ceritera.

Mungkin kerana...
Aku sendiri puncanya
Membiarkan fikiran dibalut emosi jiwa
Hakikatnya,
sendiri mendera hati dan minda.

Mahu saja ku luah pada sonata
Kenapa salju putih warnanya
Sedangkan putih memang aku suka
Tapi bermusim-musim tidak mampu aku bertanya
Biarlah masa tentukan segalanya
Kerna diri ini pasti tidak akan lupa
Betapa girangnya,
betapa selesanya,
betapa bahgianya
tatkala di musim sonata, aku tak terkata-kata.

Kini pergi sudah sonata
Hilang jejak tanpa berita
Rindu mahu bicara bersama
Gamit kenangan yang pernah tercipta
Tapi mungkin tercipta indah pada diri ini saja
Bukan pada dia...
Untuk apa simpan segala derita
Sedangkan ini sekadar mainan rasa
Imaginasi yang menjadi selumbar bisa
Esok lusa mungkin sembuh seperti sediakala

Agaknya sudah tiba masa...
Aku lenyap dari peta dunia
Sendiri berhalimunan kemudi hidup ini, tapi kemana?
Kemana-mana saja mungkin ke benua sebelah sana
Hingga temui kota...
Kota dimana ada lagi turunnya salju sonata
Buat sementara...
Biarlah menjadi sonata rahsia.


Bersambung..........

N/K: Sajak diatas adalah nukilan saudara Anuar Kamaruddin . Terima kasih kerana turut menyumbang dalam pembikinan karya 21HMMR. Dah macam bikin filem dah . :) :P :) :P



7 comments:

NuRul said...

wah i like this one kak..gile kelakar hehehe thumb up

NuRul said...

kak kenapa itali hahahaha

hanisah hassan said...

Selamat membaca karya gila-gila.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

penulis sajak tu typo error tu, messi tu byk hal lah...hahaha

p/s: bahagian komen akak ok je ni :)

Anonymous said...

entah tiba-tiba terfikirkan itali.

Faz Nandra said...

wahhh... hehe.. kak nisa =) memang best wooo... i like (n_~)

Anonymous said...

thumbs up dear!!!!