Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, May 21, 2010

Sandaran Jiwa ( Bab 14)

Hari ini sofea pening dengan keadaan rumahnya yang berantakan.Satu rumah penuh dengan habuk dek kerana syiling rumah yang hampir roboh kerana rangkanya sudah dimakan anai-anai.Dah alang-alang nak roboh tu , ayah sofea terus tukar semuanya dengan kayu yang baru.Nasib baik anak saudara sofea tak balik minggu ini.Minggu ini saja ada dua kemalangan yang menimpa ahli keluarga warga tempat sofea bekerja. Yang satu tu suaminya kemalangan sebab terlanggar kereta yang tergolek di tengah jalan.Parah juga, baru jer keluar dari ICU.Yang satu lain lagi tu kemalangan betul-betul kat depan kilang sofea. Kereta yang nak buat pusingan U dilanggar dari tepi . Mujur saja orangnya tak apa-apa , cuma sofea kesian tengok anak kecil yang menangis tak berhenti kerana kesakitan akibat dari kaca-kaca kecil yang tertusuk ke kepalanya.Zaman sekarang ini , berita kemalangan macam makan kacang jer. Kat mana-mana pun berlaku.Kadang kala kalau kita bawak kereta betul pun orang pulak yang langgar kita. Nanti hari ini baru jer sibu-sibuk tulis cerpen. Esok-esok dah tak de pulak.Ajal , siapa yang boleh jangka .Panggillah ahli nujum yang bayarannya rm 18000 sekalipun , dia tak akan dapat meramal ajal.

Dua tiga hari ini bait-bait puisi kaer azami berbaur perpisahan , Pasal kematian dan hati yang kecewa.sofea pula semakin mendiamkan diri. Bukan tujuan dia mahu pergi dari kaer azami , tapi dia mahu beri kaer azami ruang . Untuk dia melepaskan laranya ."Biarlah dia melepaskan lelah dan laranya".Kebanyakkan pesanan ringkas sofea juga tak kaer azami jawab. Dia hanya jawab kalau sofea menghantar pesanan bertanya khabar.
Secara jujurnya sofea tak mahu sandaran jiwanya tu kecewa diakhir sisa-sisa hidupnya.Kalau boleh sofea nak sandaran jiwanya tu senyum dan redha jer dengan apa yang berlaku. Tapi sofea faham sandaran jiwanya takut dan risau dengan tempatnya di kemudian hari nanti.Siapa yang tak takut dengan kematian.Kita nak beralih ke alam yang satu lagi sedang kan persediaan belum cukup. Sofea tak tahu macam mana nak memujuk sandaran hatinya supaya bersabar dan redha.Sofea betul-betul tak tahu . Akhirnya apa sofea lakukan ialah menangis sepuas-puasnya .Dia sedih sebab dia tahu sandaran jiwa tahu yang masanya semakin hampir. Malahan sofea sendiri , sudah mula rasa kehilangan . Mula rasa sunyi dan mula rasa seperti nak jerit jer. "Jangan kau berani tinggalkan aku " .Tapi kuasa nyawa bukan terletak di tangan sandaran jiwanya.Ia terletak ditangan tuhan.Jadi apa sangatlah yang boleh dilakukan selain dari menangis.

Dua malam sofea menangis tanpa henti .Malam pertama dia tak khabarkan pada sandaran jiwanya .Kerana dia tahu sandaran jiwanya itu mudah rasa bersalah dengan airmata yang tumpah kerana dirinya. Tapi malam kedua bila sandaran jiwa muka mengeluarkan bait-bait sajak mengenai kematian . Sofea terus menghantar satu mesej kepada sandaran jiwanya. "jangan lagi hantar mesej yang begini, hatiku sudah sangat luntur ".Kemudian dia menangis lagi, kali ini lebih teruk dari semalam . Bukan apa, bukan sandaran jiwa saja yang dapat merasakan saat akhir. Tapi sofea juga merasa perasaan yang sama dan dia bingung dengan perasaan itu.Malam tu juga sofea tidur dengan esakkan .Ada juga sandaran jiwa memujuk saat sofea khabarkan air matanya tak berhenti tumpah sejak dari tadi " jangan macam ni kak , kaer ok ".Selesai membaca pesanan ringkas kaer tangisan sofea berhenti. kalau itu yang di khabarkan maka dia akan redha apa yang berlaku selepas ini.

Esoknya bangun pagi ada satu kelainan yang dirasakan dalam diri sofea. Dia seolah-olah lebih tabah dari sebelum ini.Dia mengukir senyuman , dia bergurau senda dengan rakan-rakan pejabat .Dia pergi makan yang sedap-sedap.Dia lakukan semua benda yang dia nak lakukan .Semacam ada satu perasaan lega dihatinya.Malam tadi sebelum tidur dia dah berusaha membina ketabahan untuk menerima berita-berita sedih yang seterusnya dalam hidupnya.Tembok sekukuh sarang labah-labah itu bisa bertahan kalau tak ada yang memusnahkannya.

Semua yang berlaku kebelakangan ini adalah kerana sofea sayangkan kaer.Adiknya yang seorang itu mampu mencuri hati banyak pihak.Lihat saja di blog kaer azami , ada saja yang menghantar kata-kata semangat buat dirinya.Mungkin juga ada yang menghantar kata-kata cinta.Sofea senyum sendiri . Kata cintanya pada kaer azami lebih istimewa dari kata cintanya pada kekasih.Sofea sayang kaer azami. Sofea sayang adik comelnya itu. Sofea akan sentiasa doakan adik comelnya itu tabah menghadapi rintangan yang datang. Sofea sedar , dia hanya boleh beri kata-kata nasihat tapi bahu yang memikul ,pasti sedar akan beratnya."Adik ...akak doakan adik tabah ya , akak pinjamkan bahu akak untuk adik lepaskan lelah".:p

Lentera Jiwa
>>>>>>>>>>>>

Tersenyum saat memandang wajahmu ,
Di skrin petak ,
Yang terhasil dari abjab 1 dan 0.

Indah ,
Comel ,
Kacak ,
Manja .

Itu tafsiranku ,
Saat pertama melihat gambarmu,

Sesungguhnya aku syukur ,
Tuhan izinkan aku ,
Berkenalan denganmu .

Walaupun hanya di alam maya,
Tapi perasaan yang wujud,
Benar-benar adalah seteru.

Adik ,

Duniaku yang seketika ini,
Indah keranamu,
Terima kasih adik,
Sebab berikan aku,
Secangkir madu.

Adik ,

Jangan bimbang dengan masa depanku,
Sebab kau tak pernah hilang dari diriku,
Walaupun kau hilang dari mataku.

Salam sayang dari Sofea buat adik Manja ( Kaer Azami lentera jiwa sofea):p

No comments: