Cinta yang hilang

SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA, BERPAKSILAH PADA KEHIDUPAN 1 IHSAN , 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM...INSYAALLAH KETENANGAN HIDUP AKAN BERPIHAK KEPADAMU.

Friday, November 12, 2010

Hari ini ibu baru bicara.


( Ini antara gambar terakhir arwah abah aku yang sedang melihat anak saudara aku bermain layang-layang dipantai)

Assalamualaikum ,

Baru sempat nak updated blog .Kerana terlalu banyak urusan yang wajib diselesaikan. Hari ini hari ke 35 arwah abah pergi meninggalkan kami.Hari ini mak baru berbunyi betapa rindunya dia pada arwah abah.Aku memang digelangi rindu sejak mula , kerana sebagai anak yang selalu kemana-mana bersama arwah walaupun dah tua kehilangannya sangat-sangat dirasakan.Arwah kalau kemana-mana kalau tak ajak mak dia akan ajak aku.Peneman dia. Perginya terlalu mengejut , tapi Allah lebih tahu apa yang dirancang buat kami adalah terbaik dan mampu ditanggung. Sekarang kalau tengok orang merokok , saya dan mak jadi takut.Kerana itulah antara punca .Walaupun benar apabila masa sudah sampai tak kira apa pun akan yang anda lakukan anda akan pergi juga. Tetapi paling kurang sekiranya anda tidak merokok mungkin anda boleh buat lebih banyak perkara yang anda mungkin tak mampu buat kemudian nanti. Fikir-fikirkanlah...............

Abah ,
Setiap jejak yang kau tinggal,
Kini tinggal kenangan buat kami ,
Setiap tawa yang kau ukirkan .
Kini terpatri dihati kami .

Abah ,
Didikan yang kau salurkan ,
Indah menghiasi jiwa kami,
Habuan yang kau kalungkan ,
Kekal menjadi rantai kami .

Selamanya..............

Terima kasih abah . Abah dah mendidik dan menjaga orang dengan baik sekali. Sehingga orang mampu jadi seorang insan yang hampir sempurna untuk hidup didunia dan akhirat. Segala kenangan dan pesanan abah akan orang simpan , sampailah orang hembuskan nafas terakhir.Abah adalah abah yang terbaik dari segala abah didunia.Orang janji abah selagi orang hidup , orang akan jaga mak sebaik yang mungkin.Jangan bimbang tentang kami disini ya.Teruskanlah perjalanan menuju dunia yang abadi.Doa orang buat abah semoga abah sentiasa ditempatkan dikalangan orang-orang yang dicintai dan dikasihi Allah . Amin.........
( Al-fatihah . buat Allahyarham Hj Che Hassan Bin Hj Che Omar )

Friday, October 15, 2010

Pulangnya ayah yang disayangi ke rahmatullah...

Assw ,

Agak lama juga saya tak update blog . Sabtu yang lepas ayah yang sangat saya sayangi dan sanjungi telah pulang kerahmatullah setelah diserang sakit jantung secara tiba-tiba.Satu kejutan buat keluarga saya.Pagi khamis ayah kelihatan sihat .Siap menebang pokok lagi . Malamnya jam 11.30 malam .Ayah mengadu sakit dada dan basah bajunya kerana berpeluh-peluh.Saya bawa keklinik kemudian doktor suruh bawa ke hospital.Kata doktor siptomnya menunjukkan dia terkena serangan jantung. Tanpa lengah saya dan mak bawa ayah ke hospital dan ayah dimasukkan ke CCU. Beberapa kali doktor panggil .Suruh kami bersedia kerana kata doktor keadaannya sangat kritikal.Mendengar itu saya telefon semua adik beradik termasuk kakak di Pahang suruh pulang ke jb secepat mungkin. Abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.32 pagi hari sabtu.Apa lagi yang saya boleh katakan .Sememangnya dia hanya pinjaman buat kami .Dan saat Allah mahukannya semula dia berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa.Al-fatihah buat abah (Allahyarham Hj Che Hassan Bin Hj Che Omar).

Monday, September 20, 2010

Aduhai suami.....duhai ibu mertua.


Perkahwinan ,
Satu perkataan yang mempatri ikatan ,

Duhai suami ,
Isteri yang kau nikahi ,
selembut benang sutera ,
sehangat dakapan mesra ,
seindah pandangan mata.

Tapi mengapa,
Kau biarkan ,
Jiwanya sengsara ,
Batinnya derita ,
Hanya kerana ,
Pertahankan ego ,
Menjadi jalan cerita.

Kau sakiti dia,
Dengan alasan ,
Mahu dia tabah menghadapi dugaan ,
Kau tak bantu dia ,
Dengan alasan ,
Mahu dia jadi isteri yang terbaik .
Kau goncang imannya,
Dengan alasan,
Mahu menyediakan payung syurga buatnya.

Duhai suami ,
Sedarkah kamu ,
Bahawa isteri yang kamu nikahi ,
Masih punya keluarga untuk dia naungi,
Masih punya jiwa untuk dia sayangi.

Duhai suami,
Sayangilah isterimu ,
Kerana kalau kamu mahukan yang sempurna ,
Maka pandang dirimu ,
Adakah dirimu cukup sempurna buat dirinya.

Sajak diatas saya tulis buat seorang sahabat yang sangat sengsara dengan perkahwinannya. Sudah keguguran tapi masih disuruh ibu mertua melakukan itu dan ini sangat menrobek hati saya . Lebih sengsara suami yang hanya mendengar cakap ibunya semata-mata kerana katanya ibunya lebih berpengalaman. Pada awal keguguran dia tidak dibawa ke hospital malahan hanya disuruh meletakkan minyak panas dan makan postant supaya kandungan turun. Saya antara yang terawal mendengar cerita itu dari mulutnya sendiri. Marah dengan serta merta dan memaksa sahabat saya ke Klinik kesihatan pada masa itu juga .Biarpun akan dimarahi suaminya. Dia akhirnya akur dengan saya .Setelah saya momokkan dengan pelbagai cerita tentang keguguran yang pernah saya dengar sebelum ini. Satu jam selepas itu dia datang semula kepada saya dan muka sedih dia sampaikan berita yang dia mengandung kembar dan kandungan kedua juga tidak dapat diselamatkan kerana dibimbangi anak berisiko cacat kerana sebelum ini sahabat saya mengikut nasihat ibu mertuanya yang menyuruhnya menyapukan minyak panas di seluruh perut dan makan postant untuk mengeluarkan kandungan pertamanya yang disyaki gugur. Gila.......hanya itu yang mampu saya katakan. Dan saya warning dia , lain kali jaga diri kamu . Kalau arahan itu tidak logik pada fikiran kamu lebih jangan lakukan . Nanti memudaratkan diri sendiri juga. Bila kita dah sakit . Bagaimana suami kita . Agak-agaknya boleh bertahan ker nak menjaga. Ker dah sibuk nak cari lain . Wahai kaum lelaki fikir-fikirkan . Wahai perempuan fikir juga. Taat suami betul memang wajib. Tapi kalau arahan itu memudaratkan baik fikirkan semula. Saya tahu ada juga suami dan mertua yang baik di luar sana .Harap-harap saya berjumpa dan menjadi pasangan saya suatu hari nanti aminnnnnnnnnnnnnn.........

Friday, September 17, 2010

Angkat Sampah....uiewwww....


Assalamualaikum ,

Kawan-kawan pernah tak nampak orang-orang yang kerja sebagai pengangkat sampah. Pernah tak anda tutup hidung bila lalu sebelah lori sampah ?Pernah tak?.Cuba fikirkan. Dan soalan saya seterusnya. Pernah tak anda lihat siapa yang bekerja sebagai pengangkut sampah tu ?.

Cuba suatu hari nanti anda perhatikan betul-betul siapa yang kerja sebagai pengangkut sampah. Menurut adik saya yang berkerja sebagai seorang kerani di syarikat pengurusan sampah di Jb ni. Kebanyakkan orang yang bekerja sebagai tukang sapu jalan dan pengangkut sampah adalah pakcik-pakcik yang berumur lingkungan 40 tahun hingga 56 tahun selain dari warga asing.Mereka bertungkus lumus membantu anda semua membersihkan kawasan rumah anda.

Apa yang saya kesalkan sesetengah anak muda masa kini menghina pekerjaan ini yang pada saya sungguh mulia berbanding dengan orang lain yang bertali leher atau segak beruniform tapi memberi makan anak-anak dari duit yang jelas haram dan bukan milik mereka...fikirkan.

Apa salahnya kalau pakcik yang angkat sampah tu senyum pada kita. Kita senyum semula pada mereka dengan ikhlas.Tak salah kan .Sebab kadang kala saya tengok ramai orang yang tidak menghormati orang yang kerja sebegini .

Lagi satu saya nak tegur. Tolonglah didik anak-anak anda supaya tidak membuang sampah bersepah-sepah sama ada didalam atau diluar rumah dan keluar dari kenderaan .Saya pernah berhadapan dengan beberapa situasi sewaktu memandu.Apabila secara tiba-tiba kulit rambutan berterbangan keluar dari kereta didepan saya.Ini membahayakan pemandu belakang dan mencemarkan bumi Malaysia .Saya hanya tulis apa yang berada difikiran saya.Maaflah ya kalau tersinggung.

Tuesday, September 14, 2010

SAYA AKAN BERCUTI LAMA.....



Assalamualaikum , kawan-kawan .Saya akan bercuti pada 1/10~4/10/2010 untuk ke luar negara dan pulang bekerja seperti biasa kemudian saya akan menyambung cuti saya bermula dari 9/12~26/12 untuk ke kota suci mekah bagi menunaikan umrah. Masih ada dalam lingkungan dua bulan untuk saya selesaikan semua perkara yang tertunggak. Moga-moga selesai dan dapat berada di kota suci mekah dengan keadaan tenang dan damai. Aminn......... Bukan niat saya mahu berbangga.Tapi kalau ada sekiranya kawan-kawan yang ingin mengirim doa .Saya yang banyak melakukan khilaf ini akan cuba saya sampaikan .Semoga perjalanan saya kali ini , Allah izinkan . Saya sudah bermimpi kaabah sejak umur saya 15 tahun . Bila saya ceritakan pada ibu katanya .Suatu hari nanti diusia yang muda, saya mesti berusaha untuk pergi kesana. Usia saya sekarang tidaklah terlalu muda , tetapi inilah takdirnya.Alhamdulillah.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya................

Selamat Hari Raya Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum , selamat hari raya . Maaf zahir dan batin. Mohon dihalalkan mana yang terambil ya..............Buat teman-teman di Aksara Keraian dan semuanya yang mengenali diri ini.

Monday, September 6, 2010

Ragut Handphone ....semakin menjadi-jadi.


Assalamualaikum ,

Saudara-saudara , adik -adik , kawan-kawan , kakak-kakak , abang-abang dan semuanya . Saya nak cerita tiga kejadian berbeza yang pernah berlaku dan baru saja berlaku di hadapan rumah saya baru-baru ni.

Kejadian pertama :

Kes kecurian wallet sewaktu sedang tidur .Lokasi Permas Jaya .Suatu petang adik saya pulang kerumah dari kerja .Kemudian dia menunjukkan wallet yang pekerjanya jumpa di tong sampah sewaktu sedang membersihkan kawasan tong sampah di Permas Jaya.

Adik aku : Kak , apa pendapat kau .Pekerja aku jumpa ni .
Aku : Apa tu ?.
Adik aku : Wallet .
Aku : Kenapa tak serah kat polis .
Adik aku : Entah , tapi gerak hati aku cakap .Cari dulu orang ni .
Aku : Siapa ?.
( Adik aku kemudian mengeluarkan kad pengenalan yang ada dalam Wallet tu .)
Adik aku : Tapi macam mana nak hubungi dia .Kita cuma ada ic ni jer.
( Aku ambil Wallet lelaki tu , aku bongkar dan jumpa name card yang padan dengan nama di ic tersebut , esoknya aku telefon pejabat lelaki tersebut yang terletak di sg )
Aku : Hallo , can i speak with Mr Dawn.
Yang menjawab telefon adalah lelaki cina dan menyatakan yang Mr Dawn sangat sibuk.Dan saya suruh kawannya tanya samada Mr Dawn ada hilang Wallet . Tak lama kemudian terus Mr Dawn yang bercakap ditelefon dan berkali-kali mengucapkan terima kasih kerana dia sudah dua malam tak boleh tidur bimbang kad pengenalannya disalah gunakan oleh pihak lain untuk meminjam duit dari along.Saya bertanya bagaimana dia boleh hilang wallet tersebut. Katanya malam ahad yang lalu cuaca panas jadi dia buka tingkap masa tidur. Kemudian ada seorang lelaki yang mengait Walletnya dari luar tingkap .Dia hanya perasan selepas terdengar bunyi kayu jatuh dan lelaki itu sudah pun melarikan diri.

Kejadian Kedua :

Seorang perempuan sedang beratur untuk menaiki bas . Adik saya ternampak seorang lelaki sedang meraba beg perempuan itu. Serta merta adik saya menepis tangan lelaki muda itu dan jerit kepadanya .Sampai diatas adik saya maklumkan pada wanita tersebut dan suruh wanita itu periksa ada tak barang-barangnya yang hilang.Alhamdulillah tak ada barang yang hilang.

Kejadian Ketiga : ( Baru saja berlaku ahad lepas)

Seorang amoi asyik bermain telefon di warung burger pada siang hari. Waktu itu warung burger itu tidak beroperasi. Tiba-tiba datang seorang lelaki merampas telefon bimbitnya dan berlari sekuat hati . Kami yang mendengar jeritan turut keluar dan ingin sama mengejar tapi lelaki itu terlalu laju dan sekelip mata hilang entah kemana.

Moralnya :

Kejadian satu : Jangan buka tingkap sebelah bawah .Sewaktu anda tidur , walau macam mana panas pun .Cuba elakkan .

Kejadian dua : Kalau naik bas pastikan zip beg anda menghala kearah anda.

Kejadian tiga : Sebaiknya gunakan handsfree bila berada diluar . Nak main game tunggu kat rumah.

Sekarang ni manusia ramai yang terdesak dan bernafsu syaitan. Rompakan berlaku dimana-mana jadi rajin-rajinlah baca selawat dan doa sebelum keluar . Semoga Allah lindungi anda semua.

Friday, September 3, 2010

Dua projek...............

Sedang terawang-awang difikiranku untuk menghasilkan.......

1-Bulan penuh berwarna biru .

2- Cinta dihujung jari.

Bila entahhhhhhhhhhhhhhhhhhlah....

Thursday, September 2, 2010

Saya sedang panas hati...........

Assalamualaikum ,

Hari ini Khamis 2/9/2010 . Dari pagi lagi aku dah panas hati dengan budak-budak production kilang aku yang entah apa-apa tah. MySpaceJenuh aku memujuk hati supaya jangan marah . Tapi kerana diorang dah melampau tu yang aku geram sangat tu. Selama ni aku pejam mata jer dengan apa yang diorang buat . MySpacePunch masuk tapi tak kerja . Diaorang fikir admin tak tahu ker, kalau diorang buat macam tu , gaji yang diorang dapat tu sama dengan duit haram. Diaorang ada fikir ker tak.Korang dapat duit haram tu lepas tu korang sumbat kat mulut anak-anak korang .Lepas itu anak-anak korang degil , korang salahkan orang lain. Patut ker tu. Alhamdulillah , lega juga hati ini sebab dah luahkan semuanya tadi . Sedikit pun aku tak selindung . Semua aku cakap .MySpaceLantak koranglah korang nak cakap pasal aku apa-apa pun kat belakang aku. Tu korang punya pasal.Ada aku kisah . Yang penting yang salah dan yang menyebabkan aku sama-sama memikul dosa korang aku akan suarakan.Al-fatihahlah buat korang supaya korang bertaubat dan ingat Allah banyak-banyak. Tanggungjawab aku dah selesai .Alhamdulillah.......MySpace ingat ni .Lepas ini antara korang dengan Allah lah.MySpacerasa nak tumbuk sorang-sorang pun ada jugak.....tapi tak per sabar. Istigfar....Astagfirullahalazim.....MySpace

Thursday, August 26, 2010

Seruan azan...........Serata dunia-setiap saat.



Assalamualaikum ,

Pernah dengar Fakta tentang Azan. Satu keajaiban yang mungkin tak terjangkau oleh fikiran manusia.Sesungguhnya azan berkumandang disetiap detik waktu yang berlangsung dibumi milik Allah ini.Menitik airmata saat menulis entry ini. Kalaulah azan sudah berkumandang begini tapi masih ada yang alpa untuk menunaikan solat .Orang itu sudah jadi umpama orang pekak dan tuli. Cuba bayangkan disaat anda sedang solat .Azan tanpa henti berkumandang ditelingga mu.
" Maka wahai manusia , nikmat tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan"
(Q.S Ar-Rahman) Subhanaallah.